Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata cederakan sembilan sebelum tembak mati diri sendiri: Polis

-

TORONTO: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di tengah Toronto pada malam kelmarin, mencederak­an sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak sebelum membunuh diri sendiri, kata polis.

Polis Toronto menyatakan mereka telah memberikan respons kepada satu panggilan pada sekitar jam 10 malam waktu tempatan di daerah Greektown di bandar tersebut.

“Keadaan mangsa masih belum diketahui. Seorang budak perempuan adalah salah seorang daripada sembilan mangsa,” kata jabatan polis dalam Twitter.

Polis berkata sembilan mangsa itu tidak “termasuk penembak yang meninggal dunia”.

Global News memetik seorang sumber polis Toronto sebagai menyatakan suspek dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis sebelum menembak diri sendiri.

Beberapa saksi memberitah­u media tempatan bahawa mereka telah mendengar kira-kira 20 das tembakan dan bunyi sejenis senjata diisi pelurunya sebanyak beberapa kali.

Perdana Menteri Ontario Doug Ford memuatkan dalam Twitter satu mesej perpaduan dengan mangsa, berkata: “Hati saya bersama dengan mangsa dan orang tersayang yang menjadi mangsa tindakan keganasan bersenjata yang mengerikan di Toronto.

“Terima kasih kepada semua responder pertama kerana bertindak pantas un- tuk membantu sesiapa yang terjejas.”

Insiden muncul ketika bandar paling besar di Kanada itu berasa bimbang mengenai beberapa kejadian tembakan, lebih 200, pada tahun ini. Kira-kira 24 orang maut.

Kanada pada asalnya mempunyai tahap keganasan senjata yang agak rendah, terutama dibandingk­an dengan negara jirannya Amerika Syarikat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERJAGA-JAGA: Polis dilihat berkawal berhampira­n kawasan kejadian tembakan di Toronto kelmarin.
— Gambar Reuters BERJAGA-JAGA: Polis dilihat berkawal berhampira­n kawasan kejadian tembakan di Toronto kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia