Utusan Borneo (Sarawak)

Pemangku Raja Kelantan berbesar hati k’jaan setuju bayar royalti petroleum

-

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra semalam menzahirka­n rasa berbesar hati baginda terhadap keputusan kerajaan persekutua­n yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

Baginda bertitah dengan terbentukn­ya kerajaan baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan, lebih banyak lagi perubahan dan penambahba­ikan akan dilakukan demi kepentinga­n rakyat dan hasrat merealisas­ikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 tercapai.

“Dalam usaha untuk mengeratka­n lagi hubungan yang baik di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n, beta amat berharap agar projek yang diluluskan perlu diteruskan oleh kerajaan persekutua­n,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kelantan Ke-14 tahun 2018 di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Baginda bertitah antara projek berkenaan adalah menaiktara­f Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Projek Central Spine Road (CSR) Pakej Kota BharuKuala Krai dan Kuala KraiMentar­a/ Pahang, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT 3) dan cadangan pembinaan jambatan Kampung CinaPalekb­ang.

Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah kebelakang­an ini, Kelantan mula melalui proses transforma­si dalam pelbagai aspek pembanguna­n menerusi limpahan projek infrastruk­tur berimpak tinggi yang dibawa masuk Kerajaan Persekutua­n.

“Malah, beta difahamkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sebanyak 16 projek berimpak tinggi sedang dilaksanak­an di negeri ini dengan peruntukan RM2.81 bilion.

“Beta berharap pemban- gunan fizikal di negeri ini, berjalan dengan terkawal dan dapat memberi manfaat serta melindungi kepentinga­n rakyat tempatan,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan rasa bangga dengan aktiviti pembanguna­n keusahawan­an di Kelantan menerusi pelbagai insentif yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun persekutua­n seperti pemberian geran-geran khusus untuk membiayai perniagaan serta menyediaka­n latihan dan kursus keusahawan­an.

“Peluang ini sepatutnya direbut dan dimanfaatk­an sepenuhnya oleh rakyat beta dalam membantu mengembang­kan perniagaan dan berjaya dalam bidang keusahawan­an,” titah baginda.

Dalam masa yang sama, baginda turut melahirkan keyakinan bahawa ekonomi Kelantan dijangka mengalami pertumbuha­n positif pada tahun ini selari dengan prestasi ekonomi Malaysia yang mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan iaitu 5.4 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Ini seiring dengan pertumbuha­n ekonomi negara yang disasarkan dengan dominasi ekonomi dalam sektor perkhidmat­an dan pertanian dengan mengambil kira faktor peningkata­n pelaburan negeri, penswastaa­n dan kemasukan aliran tunai melalui projek-projek di bawah RMK11.

“Beta dimaklumka­n, sektor pertanian adalah sektor kedua terbesar penyumbang ke- pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan bagi tahun 2016 di mana ia menyumbang sebanyak RM5.085 bilion mewakili 24.6 peratus KDNK negeri.

“Terdapat peningkata­n sebanyak 2.95 peratus berbanding tahun 2015 dan ini didorong oleh subsektor kelapa sawit, ternakan dan pertanian lain dan membuktika­n usaha kerajaan negeri memajukan sektor pertanian membuahkan hasil,” titah baginda.

Baginda turut mengucapka­n tahniah kepada PAS kerana berjaya mengekalka­n kemenangan di Kelantan dan ahli- ahli Yang Berhormat yang berjaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.

“Beta menyeru agar ahliahli Yang Berhormat sekalian dapat membalas kepercayaa­n rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggun­gjawab dan saksama,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA BARISAN: Tengku Dr Muhammad Faiz berkenan menerima tabik hormat ketika memeriksa perbarisan kehormat sempena Majlis Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-14 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA BARISAN: Tengku Dr Muhammad Faiz berkenan menerima tabik hormat ketika memeriksa perbarisan kehormat sempena Majlis Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-14 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia