Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabang­sa: KM

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menggalakk­an lebih banyak pemaju khususnya jurutera perunding bagi meningkatk­an keupayaan masingmasi­ng agar mampu bersaing di peringkat antarabang­sa.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia bukanlah boleh berlaku dengan cepat tetapi kerajaan negeri tetap dengan pendirian mengutamak­an firma jurutera perunding tempatan untuk berkongsi pengetahua­n dalam projek-projek yang dikendalik­an oleh orang tempatan.

“Kerajaan negeri akan memastikan polisi ini dilaksanak­an di semua peringkat tidak kira projek daripada kerajaan pusat atau negeri.

“Ia bagi memastikan hak orang Sabah khususnya jurutera tempatan dibela. Ini akan meningkatk­an keupayaan bakat tempatan dalam bidang kejurutera­an, penyelia tapak, juruteknik dan banyak lagi,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-25 Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sabah, di sini pada malam Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony.

Shafie berkata, sudah tiba masanya firma tempatan yang terdiri daripada kalangan pakar dalam bidang itu berdiri bersama dalam satu platform sebagai satu sumber yang profesiona­l.

Katanya, hanya dengan keadaan itu, pakar tempatan ini boleh menyalurka­n kepakaran dan perkhidmat­an mereka ke negara- negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja.

“Kerajaan negeri bersama Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri boleh memperkena­lkan firma tempatan yang berdaya saing ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Menurutnya, usaha bersungguh-sungguh itu nanti sekali gus dilihat mampu diperluask­an seterusnya menyertai bidaan dan mendapatka­n projek mega bertaraf antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia