Utusan Borneo (Sarawak)

Projek dilaksana harus diteruskan

-

SIBU: Sempena sambutan Hari Sarawak, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kawasan Perumahan Jalan Sukun menganjurk­an Majlis Riang Ria Sarawak Merdeka di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Berucap merasmikan majlis itu, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen berkata tarikh 22 Julai merupakan masa sesuai untuk rakyat negeri ini memperinga­ti dan menghargai perjuangan masyarakat terdahulu.

“Kita harus sedar, tanpa pengorbana­n dan perjuangan orang lama, sudah pasti kita tidak akan merasai kemajuan seperti yang sedang kita nikmati pada masa kini.

“Pada masa yang sama, kita juga harus menghargai jasa Tok Nan (bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem) yang telah mengisytih­arkan tarikh 22 Julai sebagai cuti umum di negeri ini pada setiap tahun,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain dan Pengerusi KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun Philip Kadom.

Di samping itu, Nurfatimah berharap KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun akan terus cemerlang dalam menjalanka­n aktiviti tahunan mereka bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun.

“Antara tujuan KRT ditubuhkan adalah untuk menyatukan masyarakat melalui aktiviti atau program berbentuk perpaduan terutama di kawasan setempat.

“Penubuhan KRT juga mampu mendidik masyarakat menjaga keselamata­n dan keamanan di kawasan kediaman melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang mengadakan rondaan pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, program yang dihadiri 100 hadirin itu berlangsun­g meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti, antaranya persembaha­n lagu raya, lagu Gawai, karoke, koir, cabutan bertuah, poco- poco dan banyak lagi.

 ??  ??
 ??  ?? PANJATKAN KESYUKURAN: Nurfatimah (enam kiri), Philip (tiga kiri), Rogayah (lima kiri) bersama yang lain memotong kek pulut kuning sebagai simbolik perasmian Majlis Riang Ria Sarawak Merdeka.
PANJATKAN KESYUKURAN: Nurfatimah (enam kiri), Philip (tiga kiri), Rogayah (lima kiri) bersama yang lain memotong kek pulut kuning sebagai simbolik perasmian Majlis Riang Ria Sarawak Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia