Utusan Borneo (Sarawak)

RIBUAN SAKSI PERASMIAN BCF EDISI KE-15

- Oleh Borhaniza Ali Basah

RIBUAN pengunjung terdiri daripada penduduk Sibu dan pelancong luar membanjiri Dataran Bandar Sibu baru-baru ini untuk menyaksika­n upacara perasmian Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) Edisi Ke-15.

Perasmian pesta tahunan itu disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam suasana cukup meriah.

Turut hadir isteri beliau Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri Datin Sri Pauline Leong, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee.

Juga hadir ialah Pengerusi Majlis Per- bandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King serta isteri Datin Wong Mee Sing, Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola BCF Kaunselor Rogayah Jamain dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Tetamu kehormat serta orang ramai disajikan dengan persembaha­n tarian selamat datang daripada pelbagai etnik suku kaum di Sarawak.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah tempatan yang dijual digerai-gerai yang tersedia.

Program diteruskan dengan kunjungan Abang Johari ke tiga pentas kebudayaan iaitu Melayu/ Melanau, Dayak dan Cina di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Kunjungan berakhir di Ekspo Pameran dan Perdaganga­n Sibu Tradex yang diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Program dimulakan dengan perarakan BCF 2018 sekitar jam 6.15 petang bermula di Jalan Bujang Suntong, berhampira­n Gerbang BCF.

Ia disertai kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai kontinjen seperti badanbadan bukan kerajaan (NGO), jabatan, sekolahsek­olah, badan beruniform dan sebagainya.

Perarakan diketuai oleh Tiong dan disertai oleh Rogayah Jamain, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Robert Lau, Kaunselor Wong Hie Ping dan yang lain.

BCF bermula 19 hingga 28 Julai dan diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa I, manakala Ekspo Pameran dan Perdaganga­n Sibu Tradex diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Selain mempromosi­kan keindahan dalam kepelbagai­an etnik di Pulau Borneo, skop utama BCF ialah menonjolka­n keunikan masyarakat Sarawak khasnya di Sibu yang terdiri daripada etnik dan latar belakang berbeza menerusi acara tarian, muzik, permainan dan makanan tradisiona­l.

Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke BCF 2018 bagi menyaksika­n pelbagai program dan acara kebudayaan sepanjang 10 hari festival itu berlangsun­g.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Sekitar suasana yang sempat dirakam semasa Perarakan BCF 2018 berlangsun­g.
MERIAH: Sekitar suasana yang sempat dirakam semasa Perarakan BCF 2018 berlangsun­g.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (enam kiri) dan isteri Juma’ani (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama kenamaan.
UNTUK ALBUM: Abang Johari (enam kiri) dan isteri Juma’ani (lima kiri) merakam gambar kenangan bersama kenamaan.
 ??  ?? ENGGAN KETINGGALA­N: Antara kontinjen lain yang memeriahka­n perarakan.
ENGGAN KETINGGALA­N: Antara kontinjen lain yang memeriahka­n perarakan.
 ??  ?? AYU: Finalis Kumang 2018 antara kontinjen yang turut serta pada perarakan itu.
AYU: Finalis Kumang 2018 antara kontinjen yang turut serta pada perarakan itu.
 ??  ?? KENANGAN: Kontinjen daripada NGO Melayu/Melanau yang menyertai perarakan.
KENANGAN: Kontinjen daripada NGO Melayu/Melanau yang menyertai perarakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia