Utusan Borneo (Sarawak)

PROMOSI POTENSI SUKAN KOTA SAMARAHAN

Samarahan Half Marathon 2018 pada 23 September mampu tingkat pelanconga­n sukan

- Oleh Harry Ilias

KOTA SAMARAHAN: Acara larian Samarahan Half Marathon 2018 yang akan diadakan pada 23 September depan berpotensi mempromosi­kan Kota Samarahan sebagai destinasi pelanconga­n sukan kepada warga tempatan dan luar negara.

Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu berkata, Samarahan mempunyai banyak tempat menarik seperti Jambatan Samarahan sepanjang 788 meter dan produk pelanconga­n lain yang boleh menjadi daya tarikan orang ramai untuk menyertai larian tersebut.

“Kota Samarahan dapat diketengah­kan sebagai destinasi pelanconga­n sukan yang berpotensi menarik peminat sukan acara larian ke Bahagian Samarahan,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Samarahan semalam.

“Larian ini juga boleh dijadikan acara tahunan dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak sekali gus memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menerima limpahan ekonomi hasil daripada penganjura­n acara sebegini.

“Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya melaukan aktiviti kecergasan demi mengekalka­n tahap kesihatan yang baik.”

Larian edisi pertama itu anjuran kerajaan Sarawak menerusi kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n,

Kota Samarahan dapat diketengah­kan sebagai destinasi pelanconga­n sukan yang berpotensi menarik peminat sukan acara larian ke Bahagian Samarahan. Brahim Lumpu Residen Bahagian Samarahan

Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.

Ia akan bermula di Halaman Samarahan yang terletak bersebelah­an dengan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS).

Menurut Brahim, larian itu dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu half marathon ( terbuka lelaki dan wanita), 10km ( terbuka lelaki dan wanita) dan 5km ( pelajar sekolah dan larian santai).

Jelasnya, yuran bagi kategori half marathon sebanyak RM70 bagi lelaki dan wanita, RM60 bagi kategori 10km, RM45 bagi kategori larian santai dan RM35 bagi pelajar sekolah dengan tarikh tutup pendaftara­n pada 5 Ogos.

Katanya, hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000 menanti 20 pelari terpantas bagi kategori half marathon, 10km dan 5km ( pelajar sekolah).

“Kita mahu penyertaan seramai mungkin walaupun anggaran sasaran adalah seramai 1,000 peserta,” katanya lagi.

Pendaftara­n boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www. malaysiaru­nner. com atau di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan atau di Revolution Run, Green Height Mall.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BANGUN TINJU: Ajidin (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Rahman sambil disaksikan Presiden Persatuan Tinju Austria, Rich Aucbucher (empat kanan), pegawai MSNS, jurulatih dan pegawai Jabatan Penjara Negeri Sarawak.
BANGUN TINJU: Ajidin (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Rahman sambil disaksikan Presiden Persatuan Tinju Austria, Rich Aucbucher (empat kanan), pegawai MSNS, jurulatih dan pegawai Jabatan Penjara Negeri Sarawak.
 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Brahim (duduk dua kiri) bersama tetamu lain memperagak­an poster dan baju-T Samarahan Half Marathon 2018 semasa sidang media semalam.
JOM SERTAI KAMI: Brahim (duduk dua kiri) bersama tetamu lain memperagak­an poster dan baju-T Samarahan Half Marathon 2018 semasa sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia