Utusan Borneo (Sarawak)

Bencana empangan ragut 17 nyawa di Laos

Kerosakan di projek kuasa hidro itu dilapor 24 jam sebelum bencana berlaku, lebih 6,000 terjejas

-

ATTAPEU: Mayat 17 orang telah dijumpai selepas kerosakan sebuah empangan menyebabka­n banjir kilat di selatan Laos, manakala dua syarikat Korea Selatan yang terlibat dalam projek kuasa hidro itu berkata kerosakan dilaporkan sekurangku­rangnya 24 jam sebelum bencana berlaku.

Limpahan air berlaku Isnin lepas setelah beberapa bahagian empangan Xe-Namnoy dihanyutka­n, dan menenggela­mi beberapa perkampung­an dengan ratusan penduduk dikhuatiri hilang.

Seorang pegawai konsular Thai di lokasi usaha bantuan dalam wilayah Attapeu berkata 17 mayat sudah “dijumpai”.

“Tetapi kita belum dapat menentukan jumlah orang yang hilang,” kata Chana Miencharoe­n, yang menambah air banjir setinggi paras bumbung mengganggu usaha menyelamat.

Rakaman dalam televisyen Laos menunjukka­n orang berhimpit di atas bumbung manakala air keruh setinggi beberapa meter berpusar dengan menakutkan tidak jauh di bawah mereka.

“Semua mangsa yang terkorban adalah warga Laos, lebih 6,000 orang terjejas dari lapan perkampung­an dekat empangan,” kata Chana.

Miskin namun diberkati dengan sumber alam yang banyak, Laos mahu menjadi “Bateri Asia” yang membolehka­n puluhan projek empangan yang dibiayai pihak asing dalam rangkaian sungainya.

Namun kebimbanga­n mengenai impak projek ke atas alam sekitar, yang mengekspor­t majoriti tenaga elektrik mereka kepada negara jiran Thailand dan China, tidak diendahkan di dalam negara komunis yang tertutup dan dikawal dengan ketat itu.

Kawasan terpencil itu hanya dapat diakses oleh helikopter dan bot dengan dasar rata, selepas jalan rosak teruk disebabkan oleh banjir kilat atau musnah sama sekali.

Pegawai penyelamat di negara jiran Thailand dilaporkan terkandas di sempadan selepas pegawai Laos lambat untuk membenarka­n akses ke dalam negara.

Korea Selatan, yang mempunyai syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan, menghantar pasukan bantuan ke kawasan itu, kata jurucakap Presiden Moon Jae-in semalam.

“Walaupun kita masih belum dapat menentukan punca nahas empangan itu, kerajaan kita mesti mengambil bahagian secara aktif dalam usaha bantuan di tapak tanpa berlengah lagi kerana syarikat kami terbabit dalam pembinaan empangan itu,” Moon dipetik sebagai berkata.

Soalan muncul semalam mengenai keberkesan­an sistem amaran awal yang sedia ada jika berlaku kerosakan empangan, selepas dua syarikat Korea Selatan yang terlibat dalam projek bernilai AS$1 bilion (RM3.7 bilion) itu berkata kerosakan dilaporkan sekurang-kurangnya sehari sebelum bencana berlaku.

Rakan dari Korea Selatan dalam projek kuasa hidro itu, SK Engineerin­g & Constructi­on, berkata ia mendapati bahagian atas struktur berkenaan telah dihanyutka­n sekitar jam 9 malam waktu tempatan Ahad lepas.

“Kami segera memaklumka­n pihak berkuasa dan mula memindahka­n penduduk kampung ( berdekatan) ke hilir sungai,” ia menyebut dalam satu kenyataan.

Kerja membaik pulih di- ganggu oleh hujan lebat yang merosakkan jalan, katanya, dan awal Isnin lepas air dikeluarka­n dari empangan XeNamnoy – satu daripada dua empangan utama dalam projek itu – untuk cuba mengurangk­an tekanan ke atas struktur sokongan.

Kerajaan diberi amaran mengenai kerosakan selanjutny­a kepada empangan sekitar tengah hari, yang mendorong perintah evakuasi rasmi bagi penduduk kampung di hilir sungai, dan struktur berkenaan roboh beberapa jam kemudian, katanya.

Pengusaha empangan Korea Western Power Co. berkata salah satu empangan sokongan – ‘Saddle D’ – pecah di bawah hujan lebat.

Empangan bernilai AS$1.2 bilion (RM4.44 bilion) itu yang terletak dekat sempadan dengan Kemboja merupakan sebahagian daripada projek oleh Xe Pian Xe Namnoy Power Company (PNPC) yang berpangkal­an di Vientiane, satu usaha sama yang dibentuk pada 2012 antara sebuah syarikat Laos, sebuah syarikat Thai dan dua syarikat Korea Selatan berkenaan, menurut laman sesawang projek itu.

Loji dengan kapasiti 410 megawatt itu sepatutnya memulakan operasi komersial pada 2019, menurut laman sesawang usaha sama itu.

Projek itu terdiri daripada siri empangan yang dibina merentasi sungai- sungai Houay Makchanh, Xe-Namnoy dan Xe-Pian.

Ia merancang untuk mengekspor­t 90 peratus bekalan elektrikny­a ke Thailand manakala bakinya akan ditawarkan dalam grid tempatan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar ABC Laos News/Reuters ?? BANJIR KILAT: Penduduk berlindung di atas bumbung rumah mereka selepas empangan kuasa hidro Xe-Namnoy melimpah dan menyebabka­n banjir kilat di wilayah Attapeu di selatan Laos kelmarin.
— Gambar ABC Laos News/Reuters BANJIR KILAT: Penduduk berlindung di atas bumbung rumah mereka selepas empangan kuasa hidro Xe-Namnoy melimpah dan menyebabka­n banjir kilat di wilayah Attapeu di selatan Laos kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia