Utusan Borneo (Sarawak)

TRAGEDI PALING HITAM

Kebakaran kuarters guru SK Batu Bungan yang mengorbank­an seorang guru jadi pengajaran kaji aspek keselamata­n sekolah luar bandar.

- Oleh Clare Cinderella dan Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Insiden kebakaran dua kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu pagi semalam yang mengorbank­an nyawa seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, adalah tragedi paling hitam dalam sejarah pendidikan di Sarawak.

Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau yang meminta siasatan segera dan menyeluruh dilakukan berkata, insiden tersebut merupakan pengajaran bagi semua pihak dan pihak berkaitan perlu turun padang menjenguk sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan mengkaji semula fakor-faktor

berkaitan khasnya aspek keselamata­n. “Saya menggesa Kementeria­n Pendidikan menyiasat secara terperinci punca sebenar kebakaran yang berlaku.

“Kalau ia adalah berkaitan pendawaian, inilah masanya untuk pihak kementeria­n mengimplem­entasikan projekproj­ek yang telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu (di sekolahsek­olah luar bandar) termasuk turun padang untuk melihat keadaan sesebuah sekolah tersebut,” ujarnya.

Anyi yang ketika ini berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri persidanga­n Parlimen, turut mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Ia satu tragedi hitam dan saya amat bersedih dengan apa yang berlaku serta mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

“Manakala bagi mangsa yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut, saya berharap mereka cepat sembuh dan pada masa yang sama menguatkan semangat mereka untuk terus menjalani kehidupan serta menunaikan amanah sebagai seorang guru,” tambahnya.

Beliau turut berterima kasih dengan sumbangan kerajaan Sarawak sebanyak RM50,000 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai dana permulaan kepada tabung bantuan mangsa kebakaran itu.

Abang Johari mengumumka­n demikian selepas mendapat berita mengenai insiden tersebut pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Sarawak di Betong semalam.

Anyi berkata, beliau akan melawat tempat kejadian dan memberi bantuan seterusnya mengikuti kapasiti yang beliau ada, sekembalin­ya dari Kuala Lumpur kelak.

Dalam kebakaran sekitar jam 5 pagi semalam, Catherine, berasal dari Bau dan mengajar di SK Penghulu Baya Mallang di Long Terawan, cuba mengeluark­an dua lagi guru yang berada dalam sebuah bilik di kuarters SK Batu Bungan, namun beliau kemudian tidak sempat menyelamat­kan dirinya.

Dua rakannya itu, Nur Syuhada Azahari, 27, juga mengajar di sekolah yang sama dengan Catherine (SK Penghulu Baya Mallang) mengalami kelecuran di bahagian badan dan Siti Masrina mengalami kelecuran di tapak kaki.

Ketua Polis Daerah Baram DSP Gabriel Risut berkata, saksi memberitah­u sebelum kebakaran berlaku kejadian terputus bekalan elektrik seketika dan pada jam 5.09 pagi, api disedari membakar dua unit kuarters guru sekolah tersebut.

“Api terus merebak dari bahagian dapur dengan pantas dan dalam keadaan kelam-kabut keluar menyelamat­kan diri, Cikgu Cathrine dikatakan cuba mengeluark­an dua cikgu yang berada di dalam sebuah bilik namun beliau tidak sempat menyelamat­kan dirinya,” ujar Gabriel dalam kenyataann­ya semalam.

Pasukan Bomba dari Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) dari Lapangan Terbang Mulu turut tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5.40 pagi dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.34 pagi.

Bagaimanap­un, api dikatakan begitu cepat merebak menyebabka­n kuarters tersebut musnah keseluruha­nnya dalam kebakaran tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Enam Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong memberitah­u, mayat Catherine ditemui rentung bersama timbunan kayu yang hangus di ruang tamu kuarters berkenaan oleh anggota bomba dan penyelamat yang melakukan siasatan selepas api padam.

Manakala, rakannya yang mengajar di sekolah sama, Nur Syuhada, mengalami kelecuran sebanyak 20 peratus di bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Miri pagi semalam untuk mendapatka­n rawatan segera, manakala Siti Masrina yang melecur di bahagian tapak kaki dirawat di Klinik Desa di Mulu.

Law yang ditemui Utusan Borneo di Hospital Miri petang semalam berkata pasukan bomba dan penyelamat sudah pun menghantar sepasukan anggota bomba penyiasat dari Kuching dan Miri yang serentak tiba di Mulu pagi semalam untuk melakukan siasatan dan laporan penuh insiden kebakaran tersebut.

 ??  ?? CATHERINE MUSNAH: Orang awam berkumpul berdekatan kawasan kejadian kebakaran tersebut.
CATHERINE MUSNAH: Orang awam berkumpul berdekatan kawasan kejadian kebakaran tersebut.
 ??  ?? TIBA: Mayat mangsa tiba di Hospital Miri dengan helikopter untuk pengecaman keluarga dan bedah siasat. PILU: Bapa mangsa tidak dapat menahan perasaan sebak dan pilu sambil ditenangka­n oleh Law.
TIBA: Mayat mangsa tiba di Hospital Miri dengan helikopter untuk pengecaman keluarga dan bedah siasat. PILU: Bapa mangsa tidak dapat menahan perasaan sebak dan pilu sambil ditenangka­n oleh Law.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia