Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan biar mesin judi muncul semula

Warga IPD Padawan diingat buat pemantauan, orang awam diseru salur maklumat

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bersiap sedia untuk memerangi kegiatan perjudian mesin judi yang dikhuatiri akan kembali lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Merbin Lisa mengingatk­an kesemua anggotanya untuk menjalanka­n pemantauan dan mengambil tindakan segera sekiranya wujud elemen ke arah kemunculan semula kegiatan perjudian tersebut.

“Kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk mengambil tindakan segera sekiranya terdapat elemenelem­en yang menjurus kepada pembukaan semula kegiatan perjudian mesin judi ini.

“Justeru, barisan detektif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), ketua-ketua balai polis sila pantau tempat masingmasi­ng bagi memastikan kegiatan (mesin judi) ini tidak

Justeru, barisan detektif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), ketua-ketua balai polis sila pantau tempat masing-masing bagi memastikan kegiatan (mesin judi) ini tidak berlaku. DSP Merbin Lisa Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan

berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika mewakili Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Padawan di sini, semalam.

Menurut beliau, orang awam juga boleh menyalurka­n maklumat kepada pihak polis.

“Disebabkan itu, adalah perlu untuk kita terangkan kepada masyarakat untuk menjadi mata dan telinga polis agar dapat menyalurka­n maklumat jika ada elemen perju- dian terutama di kawasan IPD Padawan,” katanya lagi.

Agensi-agensi kerajaan lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diharap dapat memberi kerjasama dalam bersama-sama memerangi kegiatan perjudian itu.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah pemakaian pangkat kepada empat Pegawai Kanan Polis yang telah disahkan jawatan Inspektor dan seorang Pegawai Rendah Polis (PRP), selain 33 pegawai dan anggota yang menerima sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC).

 ??  ?? TAHNIAH: Merbin memakaikan pangkat baharu kepada salah seorang pegawainya.
TAHNIAH: Merbin memakaikan pangkat baharu kepada salah seorang pegawainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia