Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja mengaku pecah rumah dan mencuri

-

MIRI: Seorang penganggur muda mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan melakukan pecah rumah dan curi.

Memandangk­an tertuduh merupakan pesalah muda, mahkamah kemudian menetapkan 5 September depan untuk mendengar laporan sosialnya yang akan disediakan pegawai penasihat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, tertuduh diperintah­kan dibebas dengan jaminan lanjut RM8,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Teck Sheng, 20, dari Tudan Fasa 6 di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kediaman kepunyaan seorang warga Jerman Christoph Egon Winter dan mencuri pelbagai barang seperti wang tunai pelbagai mata wang antarabang­sa, pasport, dua keping kad debit, sekeping kad kredit dan sekeping kad Adac Plus Jerman.

Turut dicuri dua jongkong emas, pelbagai dokumen penting peribadi dan anak kunci yang kesemuanya bernilai RM600,000 kepunyaan lelaki warga asing terbabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.15 pagi, 1 April lalu di sebuah rumah di Jalan Jati 6 Desa Senadin di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memberitah­u bahawa semalam ditetapkan untuk perbicaraa­n lanjut.

Bagaimanap­un tertuduh memberitah­u dia berhasrat menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia