Utusan Borneo (Sarawak)

Hari kedua SAR temui seluar hitam dipercayai milik nelayan hilang

-

NIAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua nelayan yang dikhuatiri hilang semasa ‘merawai’ di laut menemui sehelai seluar berwarna hitam yang dipercayai milik mangsa yang berkemungk­inan memberi petunjuk baharu kepada usaha pencarian tersebut.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Miri Komander Maritim Salehuddin Zakaria bagaimanap­un menjelaska­n beliau belum dapat mengesahka­n seluar itu milik mangsa atau tidak kerana belum mendapat pengesahan daripada waris mangsa.

“Sehingga petang ini ( semalam) kita masih meneruskan pencarian namun belum menemui apaapa petunjuk setakat ini.

“Keluasan pencarian dalam keluasan 12 batu nautika persegi di sekitar perairan Kuala Niah dan dibahagika­n kepada empat sektor pencarian oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Ma- laysia (PDRM),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di pusat operasi SAR di Kuala Niah di sini, semalam.

Beliau berkata, empat aset daripada APMM, JBPM, APM dan PDRM digunakan bagi operasi SAR ini dan turut dibantu 10 bot nelayan tempatan.

“Seramai lebih kurang 26 anggota dan pegawai yang melakukan pencarian di kawasan darat manakala 30 anggota mencari di laut.

“Setakat jam 5 petang ini, mangsa masih belum dijumpai dan kita berkemungk­inan akan meluaskan lagi kawasan pencarian esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian petang kelmarin, Ebrahim Yaman, 59, dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah setelah menjalanka­n aktiviti ‘merawai’ di laut.

Mangsa dikhuatiri hilang selepas penduduk kampung Kuala Niah menemui bot mangsa yang terdampar di pantai kampung berkenaan.

 ??  ?? DIKHUATIRI HILANG: Salehuddin (dua kiri) menunjukka­n lokasi di mana bot mangsa dijumpai terdampar petang kelmarin.
DIKHUATIRI HILANG: Salehuddin (dua kiri) menunjukka­n lokasi di mana bot mangsa dijumpai terdampar petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia