Utusan Borneo (Sarawak)

Chong Tokoh Guru, Abdillah Tokoh Kepimpinan Pendidikan

-

BETONG: Bekas guru dan pensyarah, Dr Chong Pek Lin, 63, dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sarawak 2018 manakala bekas Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datu Abdillah Adam, 64, menerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sarawak 2018 sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini semalam.

Anugerah disampaika­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis tersebut, menyaksika­n kedua-dua tokoh terbabit masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, sebentuk loket emas, piala dan sijil penghargaa­n.

Chong, tokoh guru yang aktif dalam bidang pendidikan muzik selain kepakaran dalam bidang yang diceburi telah menghasilk­an banyak pe- nulisan buku tentang muzik, termasuk menjadi jurulatih koir sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Ternyata pengiktira­fan atas sumbangan dan jasa yang beliau curahkan selama berkhidmat sebagai guru dan pensyarah melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah.

Beliau juga bukan sekadar seorang pendidik yang sentiasa komited, konsisten dan profesiona­l dalam mengendali­kan peranan dan tanggungja­wab malah beliau sentiasa memartabat­kan seni tradisiona­l etnik Sarawak melalui pendidikan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Abdillah pula banyak berperanan sebagai pendukung kepimpinan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak termasuk sekolah dan jemaah nazir.

Kekuatan kepimpinan melayakkan beliau meneri- ma pelbagai anugerah serta pengiktira­fan daripada kementeria­n, jabatan, kerajaan negeri mahupun persekutua­n.

Terbukti, beliau bukan sekadar seorang yang sangat aktif dalam melonjak kecemerlan­gan pendidikan malah sangat aktif berpersatu­an dan pertubuhan.

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 bertema ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Abdillah dan Chong merakam kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis tersebut semalam.
PENGIKTIRA­FAN: Abdillah dan Chong merakam kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia