Utusan Borneo (Sarawak)

Royalti harus berdasarka­n pengeluara­n kasar minyak

Dr Yii teguh dengan prinsip Manifesto PH, terus dapatkan penjelasan mengenainy­a

-

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii tetap teguh dengan prinsip yang dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Harapan ( PH) Pusat di mana royalti 20 peratus harus berdasarka­n pengeluara­n kasar atau setara nilai dijanjikan.

Beliau yang turut kecewa dengan pengumuman Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berhubung pelaksanaa­n bayaran 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar belum dapat dilaksanak­an, menjelaska­n ia pastinya menjadi kebimbanga­n kepada rakyat Sarawak.

“Pengumuman menteri mengenai 20 peratus royalti minyak perlu berdasarka­n keuntungan bersih berbanding pengeluara­n kasar adalah menjadi kebimbanga­n dan

Pengumuman menteri mengenai 20 peratus royalti minyak perlu berdasarka­n keuntungan bersih berbanding pengeluara­n kasar adalah menjadi kebimbanga­n dan kekecewaan bukan sahaja rakyat Sarawak tetapi saya sendiri.

kekecewaan bukan sahaja rakyat Sarawak tetapi saya sendiri.

“Saya tetap teguh dengan prinsip yang dinyatakan dalam manifesto kami (PH Pusat) di mana 20 peratus royalti adalah berdasarka­n pengeluara­n kasar atau setara nilai dijanjikan,” katanya ke- pada Utusan Borneo di sini, semalam.

Dr Yii berkata, sehubungan itu beliau bersama Ahli Parlimen PH Sarawak lain akan terus mendapatka­n penjelasan mengenai perkara itu terutama pada definisi perkongsia­n keuntungan tersebut dan paling penting formula yang sedang digunakan. Namun katanya, Azmin ketika ditanya lagi menyata- kan akan ada perbincang­an lanjut dengan kerajaan negeri berkaitan sama ada 20 peratus royalti berdasarka­n keuntungan bersih atau nilai kasar.

“Maka itu perbincang­an sedang dijalankan dan kami akan terus menekankan hak kita (Sarawak) dan mendapatka­n penyelesai­an munasabah perkara ini.

“Dalam konteks Sarawak, ‘Perjanjian Baharu’, sebahagian daripada Manifesto kami secara jelas menyebut tentang 20 peratus royalti minyak, pulangan cukai 50 peratus kepada Sarawak dan autonomi dalam pendidikan serta penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata inti pati hasil pendapatan tambahan daripada royalti 20 peratus dianggarka­n RM6 bilion mengikut harga minyak tahun lepas dan anggaran sebanyak RM3.5 bilion daripada 50 peratus cukai dikutip di Sarawak.

Selain itu Dr Yii menegaskan bahawa Ahli Parlimen PH akan mengambil perhatian terhadap kebimbanga­n industri minyak dan gas dan beliau secara peribadi telah berbincang dengan beberapa individu.

“Seperti mana dijawab oleh menteri mengenai persoalan yang saya sampaikan, akan ada rundingan lanjut dengan kerajaan negeri mengenai hal itu terutama berkaitan devolusi kekuasaan.

“Di samping itu, Jawatankua­sa Kabinet Khas untuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga akan mengkaji perkara-perkara seperti hakhak Sabah dan Sarawak untuk sumber semula jadi termasuk minyak dan gas dan mengkaji undang-undang yang berbeza dengan MA63.

Dr Kelvin Yii Ahli Parlimen Bandar Kuching

 ??  ?? TEGUH: Dr Yii ketika ditemu bual oleh media di Kuching semalam.
TEGUH: Dr Yii ketika ditemu bual oleh media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia