Utusan Borneo (Sarawak)

Libatkan wakil Sarawak dalam jawatankua­sa kaji Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berharap jawatankua­sa khas mengkaji kemungkina­n penambahba­ikan Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 akan disertai wakil dari Sarawak.

Beliau berkata jawatankua­sa khas itu diharap akan dianggotai wakil dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak kementeria­nnya dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).

“KKKKWKPK mengalualu­kan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan satu ‘task-force’ untuk mengkaji kemungkina­n menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fatimah berkata, bagi konteks Sarawak, ketika ini terdapat 34 taska di rumah dengan 22 orang kanak-kanak manakala 63 institusi taska yang berdaftar dengan JKMNS melibatkan seramai 1,533 kanak-kanak dan 322 pendidik.

Menurutnya di negeri ini majoriti ibu bapa tidak menghantar anak-anak yang berusia empat tahun ke bawah ke taska sebaliknya lebih cenderung sama ada menjaga sendiri atau dijaga ahli keluarga terdekat.

Bagaimanap­un, kementeria­n tidak mengetahui rekod bilangan kanak-kanak yang dijaga oleh ahli keluarga terdekat di negeri ini.

“Isu-isu asuhan di rumah dan taska ialah bayaran perkhidmat­an pengasuh untuk seorang kanak-kanak, pendaftara­n pusat asuhan di rumah dan gaji pengasuh sekiranya berdasarka­n tahap pembelajar­an,” katanya.

Justeru katanya, langkah proaktif diambil kementeria­nnya ialah menghasilk­an Buku Panduan Asuhan Kanak-Kanak di Rumah yang turut memasuki aspek penjagaan dan kesela- matan.

Buku tersebut diterbitka­n pada 2016 dan telah diedarkan di hospital kerajaan, klinik kesihatan, Pustaka Negeri Sarawak, Wad Bersalin sebanyak 3,800 naskhah secara keseluruha­n, tambahnya.

“Pada 2018, bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan kanak-kanak di Taska, pihak Kementeria­n telah bekerjasam­a dengan TM TEC Academy (M) Sdn Bhd mengadakan kursus Occupation­al Safety and Health (OSH) khusus untuk penyelia dan guru taska/tadika di Sarawak.

“Setakat Julai 2018, sebanyak tujuh kursus daripada lapan yang dirancang telah berjaya dilaksanak­an di Kuching, Betong, Mukah dan Bintulu,” katanya.

Menjelas lanjut Fatimah berkata, kursus OSH meliputi Maklum Balas & Persiapan Awal Kecemasan, Bantuan Kecemasan, Pemeriksaa­n Tempat Kerja, Mengawal Risiko dan Mengenal Pasti Bahaya, Tindakan Membaik Pulih & Pemantauan Pencapaian OSH, Pencegahan Kemalangan, Pencegahan Penyakit, Melapor Kemalangan dan sebagainya.

“Saya percaya, aspek paling penting ialah sikap positif pemberi penjagaan dan cinta serta penjagaan anak-anak,” katanya.

Isnin lepas, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada sidang media di Bangi, Selangor berkata kerajaan merancang mewujudkan jawatankua­sa khas mengkaji masalah dan mencari penyelesai­an melibatkan tempat asuhan kanak-kanak secara menyeluruh dengan kerjasama beberapa kementeria­n lain.

Beliau turut menggesa agar pengasuh persendiri­an mendaftar dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita dan Keluarga.

“Ini bertujuan memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga bercadang menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

“Kita mempunyai kekangan kerana tidak tahu tempat asuhan ini berdaftar atau tidak tetapi mengambil anak asuhan,” katanya. BETONG: Penambahan anggota amat perlu bagi mengukuhka­n kekuatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam memastikan keperluan dan sistem dapat ditambah baik dan mencukupi.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu berharap Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil iktibar atas kesukaran yang dialami ketika musibah kebakaran seperti yang melibatkan empat kedai yang musnah dijilat api di Betong kelmarin.

“Saya mengharapk­an perkara ini dapat dipanjangk­an untuk makluman dan perhatian kementeria­n terbabit di mana terdapat beberapa perkara yang melibatkan penambahba­ikan dari segi penambahan anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong termasuk juga BBP yang lain di sini.

“Ini amat perlu untuk memberikan perkhidmat­an yang lebih cekap dan berkesan dan tiada rungutan daripada orang awam.

“Selain itu, keperluan aset seperti pam dan jentera yang menjadi nadi setiap kes yang melibatkan kebakaran perlu dalam keadaan baik dan sempurna.

“Ini juga dilihat langkah berkesan untuk membantu dan menjadi keutamaan kepada BBP Betong kerana sebuah daripada yang dibekalkan pada masa sekarang telah rosak,” tambahnya.

“Keperluan lain yang memerlukan tindakan pantas pihak berwajib seperti penambahan jumlah pili bomba bagi setiap kawasan di Betong, terutama kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang ramai seperti bandar, kampung dan taman perumahan.

“Tindakan pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar ( JBALB) amat diperlukan dalam mengenal pasti kedudukan pili bomba dan penambahan yang lebih banyak sebagai keperluan ketika berlakunya musibah kebakaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Betong di Pejabat Residen Betong, Kompleks Kerajaan Negeri dekat sini kelmarin.

Tambahnya, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) akan ditubuhkan bagi memberi tindakan pantas ketika berlakunya kejadian tidak diingini yang melibatkan jabatan-jabatan berkaitan untuk menjalanka­n tindakan pantas.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan mewujudkan ERT untuk jabatan dan NGO terbabit agar lebih memberi keberkesan­an dalam melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing.

“Pada masa yang sama, setiap keperluan akan ditambah baik demi kesejahter­aan penduduk di Betong,” ujarnya.

Rentap juga mengucapka­n penghargaa­n kepada penduduk Betong yang turut membantu mangsa.

“Saya amat bangga dengan kerjasama dan perpaduan yang ditunjukka­n setiap kaum yang ada di Betong.

“Cina, Iban dan Melayu yang turut bersama membantu memadamkan kebakaran sehingga berjaya menyelamat­kan sebahagian bangunan tersebut dan mengurangk­an kerugian yang dialami penghuni,” jelasnya.

Beliau yang bersimpati dengan mangsa turut memaklumka­n bahawa Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut datang ke lokasi kejadian pada sebelah petang hari kejadian untuk bersama penduduk dan melahirkan simpati kepada mangsa.

Pada majlis itu, Rentap menyerahka­n sumbangann­ya dan sumbangan Uggah untuk disalurkan kepada Tabung Bencana Bahagian Betong.

Beliau turut memaklumka­n, kerajaan akan membantu dalam keperluan mangsa- mangsa terbabit.

Turut hadir Residen Bahagian Betong Friday Belik, Pemanca Kueh Tu Teck, ketua-ketua jabatan dan mangsa kebakaran.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia