Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Komuniti Perdana MDL mampu menjadi landasan perbaiki taraf hidup

-

KUCHING: Penganjura­n Karnival Komuniti Perdana Majlis Daerah Lundu (MDL) mampu menjadi landasan terbaik untuk rakyat atau komuniti setempat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ke arah kemajuan ekonomi dan sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, ini kerana menerusi penglibata­n dalam karnival itu, masyarakat dapat memperbaik­i taraf hidup atas inisiatif sendiri mahupun kerajaan.

“Kita perlu ingat bahawa apa yang kita rancang pada hari ini khususnya yang berkaitan dengan pembanguna­n komuniti setempat adalah sesuatu yang akan menentukan hasil kepada generasi kita pada masa akan datang.

“Maka itu, kita hendaklah pastikan komuniti kita akan membangun secara lestari agar mampu menjamin kehidupan yang sejahtera untuk anak cucu kita pada masa depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Komuniti Perdana MDL 2018 di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau men- zahirkan sokongan atas apa jua usaha yang dilakukan oleh MDL yang pastinya memberi impak kepada komuniti di daerah Lundu.

“Keyakinan ini adalah ber- dasarkan kepada kejayaan lalu yang telah berjaya dilaksanak­an MDL bagi membawa daerah Lundu terus berdaya saing dan mampu membina ke arah komuniti yang disegani pada masa akan datang.

“Selaku wakil rakyat bagi kawasan Tanjong Datu, saya amat berterima kasih kepada MDL kerana menjadi sebuah agensi kerajaan yang berperanan aktif serta bertanggun­gjawab dalam membantu meningkatk­an pembanguna­n komuniti di kawasan ini.

“Apatah lagi daerah Lundu sangat kaya dengan produk ekopelanco­ngannya, adalah menjadi impian saya untuk melihat kawasan ini bukan hanya sebagai salah satu tarikan ekopelanco­ngan tetapi mampu meningkatk­an taraf hidup penduduk di di sini,” katanya.

Oleh sebab itu, Jamilah berharap penganjura­n Karnival Komuniti Perdana MDL menjadi titik permulaan bagi kesedaran komuniti setempat dalam membangunk­an diri sendiri agar lebih berdaya saing serta mencari peluang untuk meningkatk­an taraf hidup masing-masing.

 ??  ?? RASMI: Jamilah melakukan upacara simbolik perasmian Karnival Komuniti Perdana MDL 2018 di Lundu baru-baru ini.
RASMI: Jamilah melakukan upacara simbolik perasmian Karnival Komuniti Perdana MDL 2018 di Lundu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia