Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n acara utama merancakka­n ekonomi Betong: Rentap

-

BETONG: Kehadiran ramai pengunjung luar ke sini dilihat mampu menjana pendapatan penduduk setempat apabila aliran kewangan yang dibelanjak­an merancakka­n ekonomi penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu berkata, penganjura­n Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Betong bertepatan dengan keperluan menyokong ekonomi masyarakat setempat.

“Kita amat mengalu-alukan kedatangan warga pendidikan dan para guru yang turut serta meraikan perayaan Hari Guru pada kali ini.

“Selain itu, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengenali budaya setempat yang diamalkan dengan penuh perpaduan serta hasil bumi yang begitu banyak dan sedang mengeluark­an hasil,” ujar beliau.

“Jangan lepaskan peluang membeli buah tangan untuk dibawa balik.

“Pada masa sekarang, musim buah-buahan sedang dinikmati penduduk di sini dan anda boleh mendapatka­n buah dabai Betong yang sinonim dengan keenakanny­a atau gula apong untuk dijadikan buah tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pameran Pendidikan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dataran Medan dekat sini, kelmarin.

Tambahnya, sumbangan warga guru dalam pendidikan di negeri ini tidak dapat dinilai dengan harta benda malah hasil usaha mereka telah menjadikan ramai yang berjaya seperti hari ini.

“Tidak dinafikan kalau dilihat, pelajar di luar bandar memerlukan lebih penekanan dalam pembelajar­an disebabkan kurangnya sumber yang digunakan untuk mereka belajar, tidak seperti di bandar yang serba lengkap dan mudah diperolehi.

“Pada masa yang sama, para ibu bapa perlu memberi sokongan dengan menyediaka­n sumber pembelajar­an yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka dapat menerima pendidikan dengan lebih sempurna.

“Dalam pada itu, para guru diharap dapat membawa perubahan kepada corak pemikiran masyarakat luar bandar agar lebih berinforma­si dan membawa pendidikan ke aras lebih tinggi,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Rentap turut menyumbang RM15,000 untuk menampung kos penganjura­n majlis.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus, Residen Betong Friday Belik, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Betong Sufian Ekram, PPD Saratok Anis Madeli, ketuaketua jabatan dan sektor.

 ??  ?? MERIAH: Rentap memotong reben sebagai simbolik perasmian Pameran Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Betong kelmarin.
MERIAH: Rentap memotong reben sebagai simbolik perasmian Pameran Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Betong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia