Utusan Borneo (Sarawak)

Cari penyelesai­an tangani masalah anjing terbiar Banyak anjing terbiar berkeliara­n di kawasan diisytihar rabies, antara punca penyakit gagal dibendung

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Penduduk Tabuan Jaya, Taman Hui Sing dan Sungai Moyan dekat sini mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi hak-hak haiwan mencari penyelesai­an terbaik untuk menangani masalah anjing terbiar di negeri ini.

Wakil penduduk berkenaan Charlie Kho, 40, berkata antara punca penyakit itu gagal dibendung ialah masih terdapat banyak anjing terbiar berkeliara­n di kawasan disytihar kawasan rabies.

“Kami penduduk Tabuan Jaya, Taman Hui Sing dan Sungai Moyan meminta pihak bertanggun­gjawab lebih-lebih lagi KKTP (Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan) mengatasi masalah anjing terbiar di kawasan kami khasnya.

“Banyak kali kami menghubung­i PBT seperti MPP (Majlis Perbandara­n Padawan) dan MBKS ( Majlis Bandaraya Kuching Selatan) meminta mereka menangkap anjing terbiar di kawasan kami tetapi jawapan diberikan, ialah mereka menerima tekanan daripada NGO hak-hak haiwan agar tidak berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Kho berkata alasan PBT itu tidak dapat diterima kerana aspek keselamata­n penduduk mesti diutamakan berbanding anjing terbiar.

Beliau berkata jika NGO bertegas agar anjing terbiar tidak boleh ditangkap dan dihapuskan mereka seharusnya memberi cadangan terbaik untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

Tambahan ujarnya, ahli mana-mana NGO berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang kerana meng- ganggu pejawat awam melaksanak­an tugas di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

“Oleh itu kami mahu PBT memberi jawapan bagaimana isu ini diatasi, kerana berdasarka­n rekod nampaknya mereka gagal berbuat demikian.

“Di Hui Sing, Jalan Song, Tabuan Jaya, Premier 101 dan Sungai Moyan terdapat banyak anjing terbiar tanpa kolar berkeliara­n.

“Kami merasakan ini menunjukka­n ketidakmam­puan pihak berkuasa menangani perkara ini dengan berkesan,” katanya.

Beliau turut memberitah­u, dua minggu lepas seorang kanak- kanak berusia 12 tahun digigit anjing terbiar di kawasan pusat beli-belah Premier 101, tidak jauh dari rumahnya dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Justeru, Kho mencadangk­an agar PBT harus mencon- tohi Kerajaan Pulau Pinang membantera­s penularan rabies di negeri itu pada 2015 dengan menangkap dan menghapusk­an 1,700 anjing terbiar.

Langkah itu katanya, jelas berjaya menghentik­an penularan rabies di negeri itu, dalam tempoh yang singkat iaitu hanya enam bulan.

“Penularan rabies di Kuching telah berlaku sudah lebih setahun tetapi ia masih gagal dihentikan. Kita amat berharap KKTP tidak memperleke­h isu ini kerana ia membahayak­an nyawa kami,” ujarnya.

Tambahnya, PBT tidak seharusnya memaklumka­n tarikh, masa dan lokasi penangkapa­n anjing terbiar menerusi media massa kerana tindakan itu menyebabka­n ramai pemilik anjing tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka.

“Sudah tentu anjing-anjing ini bertuan dan apabila operasi dibuat, tidak ada anjing ditangkap kerana tuannya tidak melepaskan anjing-anjing mereka,” katanya.

Sementara itu, Lini Bujang, 43, yang digigit anjing pada 1 Januari tahun ini memberitah­u, setiap hari lebih 10 anjing terbiar berkeliara­n di sekitar Moyan Square tempat dia bekerja.

Dia yang masih menerima rawatan susulan di HUS, berkata bilangan anjing terbiar di kawasan Sungai Moyan tidak pernah berkuranga­n malah jumlah itu bertambah dari semasa ke semasa.

“Saya memang sangat fobia dengan anjing selepas digigit anjing terbiar. Saya terus mendapat rawatan di HUS selepas digigit dan menerima kira-kira tujuh suntikan vaksin setakat ini.

“Sekarang raya masih mendapat rawatan susulan tiga bulan sekali di HUS,” katanya.

Kami penduduk Tabuan Jaya, Taman Hui Sing dan Sungai Moyan meminta pihak bertanggun­gjawab lebih-lebih lagi KKTP (Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan) mengatasi masalah anjing terbiar di kawasan kami khasnya. Charlie Kho Wakil penduduk

 ??  ?? CERIA: Bernard dan Dennis (duduk barisan kedua, sembilan kanan) bersama komuniti Bidayuh sempena Hari Keluarga DBNA di Indin Resort Ahad lalu.
CERIA: Bernard dan Dennis (duduk barisan kedua, sembilan kanan) bersama komuniti Bidayuh sempena Hari Keluarga DBNA di Indin Resort Ahad lalu.
 ??  ?? BERTINDAKL­AH: Kho (tiga kanan) bersama beberapa penduduk yang hadir pada sidang media itu. Turut kelihatan Lini (empat kanan).
BERTINDAKL­AH: Kho (tiga kanan) bersama beberapa penduduk yang hadir pada sidang media itu. Turut kelihatan Lini (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia