Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n TriBE 2018 akan melancarka­n BESarawak Alliance

-

KUCHING: Persidanga­n ‘Business Events Tribal Meet’ (TriBE) 2018 yang akan berlangsun­g pada 24 Ogos 2018, akan melancarka­n BESarawak Alliance iaitu platform bersekutu khusus untuk kementeria­n dan agensi kerajaan untuk meneruskan transforma­si ekonomi Sarawak.

Dimulakan oleh Biro Konvensyen Sarawak ( SCB), sebuah agensi negeri di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, platform bersekutu itu dibuat dengan tujuan mewujudkan peluang kerjasama antara kementeria­n dan agensi kerajaan melalui acara perniagaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran.

Ini kerana ia merupakan cara berkesan mempercepa­tkan perdaganga­n dan pelaburan, memperluas­kan kawasan fokus utama Sarawak dan melipatgan­dakan rangkaian global.

“Bukan sahaja acara perniagaan merupakan sumber pendapatan langsung ekonomi yang menguntung­kan, tetapi limpahan ke kawasan sektor utama lain adalah penting dalam mewujudkan Sarawak yang mampan dan kuat.

“Melalui kerjasama yang erat antara kementeria­n dan agensi lain, acara perniagaan dapat diperkuat sebagai pemacu penting bagi pembanguna­n negeri,” kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataan media di sini, semalam.

Ketua Pegawai Operasi SCB Amelia Roziman berkata, BESarawak Alliance juga akan memperkuku­hkan kedudukan Sarawak sebagai model peralihan bagi destinasi peringkat kedua dan ketiga di rantau ini.

“Sebagai destinasi yang progresif, pencapaian Sarawak sangat luar biasa. Dalam usaha untuk mencapai pertumbuha­n akan datang, langkah kita seterusnya adalah memerlukan pemahaman umum daripada akar umbi bahawa acara perniagaan merupakan usaha untuk memacukan pembanguna­n negara.

“Kita telah mendapat sokongan besar daripada beberapa kementeria­n kerajaan pada masa lalu. Dan sebaliknya, portfolio mereka telah memberi manfaat kepada acara perniagaan ini terutama melibatkan pengetahua­n, penubuhan perkongsia­n baharu dan perspektif yang diperbahar­ui,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Hubungan Kerajaan dan Industri SCB Chew Chang Guan yang juga pengurus projek untuk BESarawak Alliance mengalu- alukan penyertaan kementeria­n dan agensi di TrIBE 2018.

“Tanpa sokongan mereka, Sarawak tidak akan berada di tempat sekarang. Bukan sahaja saya teruja untuk mengiktira­f sumbangan mereka di TrIBE 2018 tetapi juga mengalu- alukan kerjasama baharu dalam merapatkan jurang dan membuka perhubunga­n baharu sesama mereka,” katanya.

Selain pelancaran BESarawak, TrIBE 2018 juga akan menampilka­n barisan penceramah utama, persatuan daripada pihak berkuasa global acara perniagaan dan anugerah utama bagi rakan kongsi sektor- Anugerah Anak Sarawak Kesembilan.

Untuk maklumat lanjut mengenai TriBE 2018, sila layari http://www.tribe-assembly.com/ atau hubungi penganjur persidanga­n TrIBE 2018 Terence Lim daripada Borneo Tru Event di talian 013-8393365.

 ??  ?? PROMOSI: Karim dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee mempromosi­kan TrIBE 2108 yang akan diadakan pada 24 Ogos depan bersama pasukan daripada SCB. Turut kelihatan (dari kiri) Jemimia Rinai...
PROMOSI: Karim dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee mempromosi­kan TrIBE 2108 yang akan diadakan pada 24 Ogos depan bersama pasukan daripada SCB. Turut kelihatan (dari kiri) Jemimia Rinai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia