Utusan Borneo (Sarawak)

Empat sekolah wakili Zon Selatan pada Cabaran Interaktif Pengguna

-

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Kuching High, SMK Datuk Patinggi Abdul Gapor, SMK Tun Abang Haji Openg dan SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud akan mewakili Zon Selatan bagi Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 Peringkat Negeri, yang akan diadakan pada 19 Ogos depan.

Ini selepas keempat-empat sekolah terbabit muncul pemenang pertama, kedua, ketiga dan keempat Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 bagi Zon Selatan yang berlangsun­g di Taman Budaya di sini, semalam.

Kemenangan tersebut juga membolehka­n SMK Kuching High selaku johan membawa pulang hadiah wang tunai RM200, piala dan sijil.

Manakala SMK Datuk Patinggi Abdul Gapor selaku naib johan dan SMK Tun Abang Haji Openg sebagai pemenang tempat ketiga masing- masing menerima hadiah wang tunai RM160, RM120 berserta piala dan sijil.

Menurut Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan, Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 disertai 27 sekolah membabitka­n zon di negeri ini, dengan penglibata­n seramai 108 pelajar.

Katanya bagi Zon Utara, pertanding­an tersebut sudah dijalankan pada 19 Julai lalu membabitka­n 14 sekolah, dengan empat sekolah yang memenangi tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat turut dipilih untuk bersaing di peringkat negeri.

“Cabaran ini memilih lapan sekolah terbaik untuk bersaing pada peringkat negeri pada 19 Ogos nanti dan sekolah yang muncul johan akan dipilih mewakili Sarawak untuk bertanding di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an hadiah kepada para pemenang Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 bagi Zon Selatan di Taman Budaya, semalam dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Chen Fei Ming.

Justeru, Stanley menyeru setiap sekolah di negeri ini menubuhkan Kelab Pengguna masing- masing bagi memperluas­kan lagi program kepengguna­an dalam kalangan pelajar Sarawak.

Katanya, Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah yang dilaksanak­an sejak 1996 merupakan salah satu platform KPDNHEP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri untuk memberi pengetahua­n kepada pelajar mengenai kepengguna­an.

“Kita mahu pelajar kita peka dan menjadi pengguna yang bijak,” katanya sambil berharap lebih banyak lagi sekolah menyertai Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah pada tahun depan.

 ??  ?? KENANGAN: Stanley (berdiri, lima kiri) bersama Chen (berdiri, enam kiri) serta yang lain bergambar kenangan dengan para pelajar daripada keempat- empat buah sekolah yang memenangi Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 bagi Zon...
KENANGAN: Stanley (berdiri, lima kiri) bersama Chen (berdiri, enam kiri) serta yang lain bergambar kenangan dengan para pelajar daripada keempat- empat buah sekolah yang memenangi Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 bagi Zon...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia