Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU anjur pementasan amal Teater Muzikal Sultan Tengah

-

KUCHING: S e b u a h pementasan amal Teater Muzikal Sultan Tengah anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai 21hingga 23 September 2018.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, teater hasil nukilan dan arahan Zakaria Hassan itu membariska­n dua pelakon terkenal tanah air iaitu Fahrin Ahmad yang membawa watak Sultan Tengah dan Mahmud Ali Bashah memegang watak Sultan Abdul Jalilul Akbar.

“Pementasan teater muzikal ini adalah berkisahka­n tentang legasi kesultanan Brunei iaitu sejarah Sultan Tengah yang tercatat sebagai sultan pertama dan terakhir Sarawak pada tahun 1598.

“Justeru, orang ramai dialu- alukan menyaksika­n pementasan teater muzikal ini yang akan diadakan di Stadum Perpaduan, Jalan Stadium di sini, pada jam 8 malam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Wahap berkata, penganjura­n teater muzikal itu dibuat sempena sambutan Hari Bandar Raya Kuching.

“Ia merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk menjadikan bandar raya Kuching sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai ‘jiwa’, cantik, selamat dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang dapat menyerlah dari segi sosial dan ekonominya,” katanya.

Beliau menyasarka­n kira- kira 12,000 penonton menyaksika­n sambil beramal sepanjang tiga hari pementasan teater amal muzikal itu diadakan nanti.

“Selain pelakon terkenal seperti Fahrin Ahmad dan Mahmud Ali Bashah, turut berlakon ialah penyanyi terkenal Bob Yusof yang akan memegang watak sebagai Menteri Amar Setia dan artis legenda Sarawak, Safar Ghafar yang memainkan watak antagonis iaitu Arya Mangkurat.

“Pementasan teater muzikal ini juga melibatkan 16 pelakon tambahan, 35 pemuzik gabungan Okestra DBKU dan pemuzik luar di bawah pimpinan Narawi Rashidi serta 50 penari. Diangarkan kira- kira 10 lagu akan didendangk­an dalam pementasan teater ini,” katanya.

Tiket bagi menyaksika­n pementasan amal Teater Muzikal Sultan Tengah adalah berharga RM20 setiap seorang dan ia boleh didapati di Plaza Merdeka, AEON Mall, Pejabat UTC Sarawak, Summer Mall (Samarahan), UNIMAS, UiTM, Kompleks Islam Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching Sentral, Medan Niaga Satok, Tebingan Kuching dan Mydin Petra Jaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubunga­n Awam DBKU di talian 082- 512200 atau e-mel terus ke prd@dbku. gov.my.

 ??  ?? UNTUK AMAL: Abdul Wahap bersama Pengarah DBKU Jumaini Haili (hadapan, tengah), Zakaria (dua kiri) dan barisan pelakon pementasan amal Teater Muzikal Sultan Tengah bergambar kenangan selepas sidang media di Kuching, semalam.
UNTUK AMAL: Abdul Wahap bersama Pengarah DBKU Jumaini Haili (hadapan, tengah), Zakaria (dua kiri) dan barisan pelakon pementasan amal Teater Muzikal Sultan Tengah bergambar kenangan selepas sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia