Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan kerap kemalangan di Miri perlu lampu isyarat

-

MIRI: Kawasan kerap kemalangan di Jalan Desa Bahagia dan Vista Perdana memerlukan kemudahan lampu isyarat dengan segera.

Sehingga kini, lebih lima kemalangan kecil dan kemalangan­mautdilapo­rkan berlaku di kawasan itu sejak ia mula dibuka pada 2015.

Penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata semalam turut berlaku kemalangan berhampira­n simpang masuk Jalan Perak.

Kemalangan itu kata pengadu, menyebabka­n jalan raya sesak lebih-lebih lagi ketika orang ramai hendak turun kerja kira-kira jam 7.35 pagi.

“Sebagai penduduk di kawasan Vista Perdana, kami mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) membina lampu isyarat berdekatan Jalan Perak,” tegas pengadu.

Usul itu sebelum ini pernah disuarakan penduduk pada 2015 malahan petisyen tandatanga­n penduduk juga telah dikumpul untuk tindakan PBT.

Namunsehin­ggakini,tiada sebarang reaksi daripada pihak yang berwajib bahkan belum ada wakil rakyat yang tampil membantu menyelesai­kan isu ini.

Berkongsi pandangan sama, Bendahari Pemuda PAS Malaysia Mukhtar Suhaili mengharapk­an lampu isyarat dibina bagi menyelesai­kan masalah kesesakan.

“Penduduk sukar untuk keluar simpang pada waktu puncak, bahkan sikap pemandu yang memecut laju tanpa memikirkan keselamata­n orang lain antara punca kemalangan maut,” katanya.

Pada tahun ini sahaja, dua nyawa melayang di jalan berkenaan dan kawasan ini perlu dilabel sebagai kawasan kerap kemalangan.

Sehubungan itu kata Mukhtar, jika tiada tindakan segera dilakukan maka statistik kemalangan jalan raya di situ kemungkina­n akan bertambah.

“Ketiadaan lampu isyarat, tanda had laju serta tiada garisan kuning simbol memperlaha­nkan kenderaan antara punca pemandu tidak mengambil berat risiko kemalangan jalan raya,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia