Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pihak digesa lonjakkan prestasi pendidikan di utara negeri

-

LAWAS: Semua pihak perlu berganding bahu dalam melonjakka­n prestasi pendidikan di wilayah utara negeri ini sekali gus memastikan para pelajar mendapat pendidikan secara optimum bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim berkata, sektor pendidikan amat penting dalam melahirkan generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada negara.

Oleh itu katanya, guru dan ibu bapa perlu bekerjasam­a memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna.

“Ilmu pengetahua­n amat penting dan tidak ternilai, oleh itu adalah menjadi peranan kita untuk melonjakka­n prestasi pendidikan ke tahap yang lebih tinggi sekali gus melahirkan modal insan berpendidi­kan dan berpengeta­huan di daerah ini,” katanya pada Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lawas di Stadium Tertutup Lawas malam kelmarin.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Dr Hassan Hasbollah, pengerusi pengelola merangkap pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas Syawal Pandin dan warga guru di daerah Lawas.

Jelas Husaini lagi, peranan dan jasa guru sentiasa diiktiraf penduduk di daerah Lawas dalam usaha membina masyarakat yang sentiasa bergerak untuk mencapai kejayaan.

“Harapan tinggi ibu bapa terhadap guru hari ini diyakini mampu dicapai warga guru jika amanah yang dipikul dapat dilaksanak­an dengan penuh cekal dan ikhlas,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, transforma­si pendidikan yang berterusan dilihataka­nterusmeny­umbang kepada pembinaan modal insan melengkapi pelbagai keperluan hidup sejajar dengan perubahan zaman.

Turut diadakan adalah penganuger­ahan Tokoh Guru 2018 kepada Tukimin Tugiman.

 ??  ?? SELAMAT HARI GURU: Husaini (kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lawas. Turut kelihatan Dr Hassan (enam kiri).
SELAMAT HARI GURU: Husaini (kanan) memukul gong sebagai simbolik perasmian sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lawas. Turut kelihatan Dr Hassan (enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia