Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak tahu masih hidup atau mati selepas ini: Tertuduh

-

KUALA LUMPUR: Tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais membuat kenyataan mengejutka­n di Mahkamah Tinggi di sini apabila memberitah­u keterangan membela dirinya semalam mungkin keterangan terakhir dan dia tidak pasti sama ada masih hidup ataupun telah mati selepas memberi keterangan itu.

S. Ravi Chandaran, 47, memberitah­u perkara itu selepas mengangkat sumpah di kandang saksi untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan keenam yang juga saksi pembelaan terakhir dalam perbicaraa­n kes tersebut.

“Saya ingin bercakap dengan Yang Arif, saya tidak tahu sama ada saya masih hidup atau mati selepas beri keterangan... ini mungkin keterangan saya yang terakhir,” katanya dalam bahasa Tamil yang kemudian diterjemah­kan oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim Datuk Azman Abdullah bagaimanap­un meminta tertuduh memberitah­u masalah yang dihadapiny­a kepada peguam yang mewakiinya dan meminta tertuduh meneruskan keterangan­nya.

Ravi Chandaran yang akur kemudian duduk dan meneruskan keterangan­nya.

Ketika pemeriksaa­n utama peguam V. Rajehgopal pada prosiding hari ke-15 itu, Ravi Chandaran memberitah­u dia telah pergi ke sebuah kondominiu­m yang terletak di Jalan Dutamas di sini pada 3 Sept 2015 bagi menemani rakannya, G. Gunasekara­n atau lebih dikenali sebagai ‘Jay’ yang merupakan bekas tertuduh kedua dalam kes tersebut, untuk mengutip hutang.

Katanya Jay yang telah dikenaliny­a selama 23 tahun memberitah­u terdapat seorang ‘ pelanggan’ yang tinggal di kondominiu­m berkenaan telah meminjam duitnya dan dia perlu mengutip semula wang itu daripada pelanggan tersebut.

“Saya bertanya kepada Jay, kenapa pada awal pagi, pada masa itu jam 6 pagi. Jay beritahu pelanggan itu akan keluar dari kondominiu­mnya pada sebelah pagi,” katanya memberitah­u ketika itu mereka berada di Restoran Syed Bistro, Petaling Jaya.

Katanya ada empat lelaki lain di restoran tersebut ketika itu iaitu anak saudaranya S.Nimalan, R. Dinishwara­n, A.K Thinesh Kumar dan M. Vishwanath, kesemuanya merupakan tertuduh dalam kes berkenaan.

Ravi Chandaran berkata mereka kemudian beramairam­ai telah ke kondominiu­m itu namun dia menaiki kenderaan Proton Perdana V6 yang dipandu Jay manakala empat tertuduh lain menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

“Semasa berada di hadapan kondominiu­m, tepat 7 pagi, kami (Ravi Chandaran dan Jay) tunggu di dalam kereta di hadapan kondominiu­m, kenderaan Triton di belakang.

“Saya dan Jay berbual-bual, saya bertanya adakah Jay orang yang ‘berada’ (kaya) sampaikan dia boleh pinjamkan duit pada orang yang tinggal di kondominiu­m, saya bertanya berapakah yang beliau pinjamkan. Jay beritahu beliau akan beritahu saya kemudian dan suruh saya bantu dia kutip wang,” katanya.

Ravi Chandaran bagaimanap­un berkata selepas kira-kira 15 hingga 20 minit menunggu, peminjam wang yang dimaksudka­n Jay tidak muncul dan mereka kemudian beredar dari situ.

Kepada soalan Rajehgopal adakah kondominiu­m tersebut kondominiu­m yang dilawati Hakim Azman, pihak pendakwaan dan pembelaan termasuk tertuduh-tertuduh pada 17 April lalu iaitu Kondominiu­m Menara Duta di Jalan Dutamas Raya yang dihuni Kevin Morais, tertuduh berkata: “Ya”. — Bernama

Sejak kes bermula, tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penyiasat, malah secara sukarela menyerah diri kepada SPRM. Tertuduh juga mungkin akan ditahan kerja selepas hari ini, yang menyebabka­n pendapatan­nya berkuranga­n. Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar Peguam tertuduh

Ogos 2015 dengan setiap satu kontrak bernilai RM1,075 hingga RM7,500.

Antara kontrak itu meli- batkan penyediaan makanan untuk anggota bomba yang terlibat dengan operasi pembinaan semula rumah ter- bakar, operasi memadam kebakaran hutan dan bencana banjir.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang beralamat di Jalan Kampung Jawa di sini, didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24 akta sama, iaitu boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili tertuduh merayu supaya jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dikurangka­n atas alasan anak guamnya hanya mampu menyediaka­n sekitar RM15,000.

“Sejak kes bermula, tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penyiasat, malah secara sukarela menyerah diri kepada SPRM. Tertuduh juga mungkin akan ditahan kerja selepas hari ini, yang menyebabka­n pendapatan­nya berkuranga­n,” katanya.

Mohd Ghazali membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 berserta seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia