Utusan Borneo (Sarawak)

Cabul murid: Tempoh reman guru lelaki disambung lima hari lagi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam melanjutka­n tempoh tahanan reman selama lima hari lagi ke atas seorang guru lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di Ampang di sini, Mei lepas.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarka­n Pen- daftar Mahkamah Majistret Ampang, Roslan Md Nor selepas membenarka­n permohonan polis untuk melanjutka­n tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 53 tahun tersebut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak- Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada Khamis lalu, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu. Tempoh tahanan remannya berakhir semalam.

Sebelum ini media melaporkan ibu mangsa telah membuat laporan polis pada Jun lepas berhubung kejadian setelah dimaklumka­n oleh anaknya.

Kejadian itu juga tular menerusi media sosial Facebook yang antara lain menyatakan mangsa yang berusia 10 tahun dikatakan telah diajak oleh guru tersebut ke dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan dengan alasan membantu merekodkan markah.

Namun ketika di dalam bilik itu, guru tersebut dikatakan menarik tangan mangsa secara kasar serta memaksanya duduk di atas pahanya dan difahamkan ketika itu terdapat tiga murid lain di dalam bilik berkenaan yang turut menyaksika­n kejadian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia