Utusan Borneo (Sarawak)

Konsep hantar utusan khas tidak salah, lazim dilakukan

Saifuddin: Dalam hal tertentu kerajaan boleh hantar menteri luar

-

KUALA LUMPUR: Konsep menghantar utusan khas ke luar negara bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan ia lazim dilakukan kerajaan bagi mengadakan perbincang­an dengan negara lain mengenai isu-isu tertentu berdasarka­n situasi tertentu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata dalam hal tertentu kerajaan boleh menghantar Menteri Luar untuk tujuan itu, namun adakalanya menteri lain juga dihantar ke luar negara dengan tujuan yang khusus.

“There are many ways of dealing with our foreign friends, sometimes we send Foreign Minister, sometime we send Minister of Finance, sometimes we send Minister of Economic Affairs.

So it depends on the situation. It is a case by case things,”

“Ada banyak cara berurusan dengan rakan luar negara kita, kadang-kadang kita meng-

Hubungan kita dengan China bukannya baharu, ia secara rasmi bermula pada tahun 1974. Tetapi hubungan yang intim.. hubungan kebudayaan telah terjalin beratus tahun.

hantar Menteri Luar, kadangkada­ng kita hantar Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Jadi ia bergantung kepada keadaan. Ia berdasar kepada satu-satu kes,”) katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam ketika diminta mengulas keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengutuska­n Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin ke China barubaru ini.

Sambil mempertaha­nkan tindakan itu, Saifuddin berkata Daim diberikan mandat khusus dan beliau melaporkan secara langsung hasil lawatan- nya ke China kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkara utama yang harus diberi perhatian mengenai lawatan Daim itu ialah bagaimana Malaysia dan China boleh mengeratka­n lagi hubungan kedua- dua negara.

“Hubungan kita dengan China bukannya baharu, ia secara rasmi bermula pada tahun 1974. Tetapi hubungan yang intim.. hubungan kebudayaan telah terjalin beratus tahun.

“We have to continue, we want to foster good relation, good ties and if possible we want better ties with China.

Yes, we have some issues but I think that is part of terms of reference and I think that is why Tun Daim was sent as special envoy,” he said.

“Kita perlu teruskan, kita mahu jalinkan hubungan baik, ikatan baik dan kalau boleh kita mahu ikatan baik dengan China. Ya, kita ada beberapa isu tetapi saya berpendapa­t ia adalah sebahagian daripada mandat khusus dan saya berpendapa­t itu sebabnya Tun Daim dihantar sebagai wakil khas,” katanya.)

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempersoal­kan peranan yang dimainkan Daim dan CEP yang didakwanya bukan hanya bertindak sebagai penasihat tetapi juga memberi arahan kepada kerajaan.

Bagaimanap­un, perkara itu dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang menegaskan peranan CEP hanyalah dalam kapasiti penasihat dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif. — Bernama

Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Luar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia