Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak empat syarikat bagasi musim haji masuk tahun terakhir

-

MEKAH: Kontrak perjanjian antara Tabung Haji (TH) dan empat syarikat penghantar­an bagasi bagi musim haji kini memasuki tahun terakhir setelah dilanjutka­n setahun di bawah perjanjian 2+1 (dua tahun tambah satu).

Pengurus Perkhidmat­an Luar Tabung Haji bagi musim haji 1439H Akmal Abdul Rahim berkata kontrak dengan empat syarikat pengurusan penghantar­an itu mendapat lanjutan setahun setelah TH berpuas hati dengan khidmat yang disediakan dua tahun sebelumnya.

“Setakat ini TH amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan kepada jemaah haji sepanjang dua musim yang lepas. Justeru, TH mengambil keputusan untuk memberi lanjutan satu tahun kepada mereka,” katanya semasa ditemui media di sini, semalam.

Bagi khidmat bagasi, beliau berkata empat syarikat yang diberi lanjutan kontrak untuk tahun ini iaitu Pos Malaysia Bhd, Shah Cargo, Koperasi Tabung Haji Logistics dan Nation Wide Express.

Untuk perkhidmat­an penghantar­an barang ke tanah air, harga yang dikenakan kepada jemaah sudah ditetapkan sebelum pasukan-pasukan ini berlepas ke tanah suci, di mana harga bagi sebotol air zam zam 10 liter adalah SR130 bagi semenanjun­g dan SR150 bagi Sabah dan Sarawak termasuk penghantar­an.

Bagi penghantar­an barang pula, caj yang dikenakan adalah SR16 bagi sekilogram bagi semenanjun­g manakala SR20 sekilogram bagi Sabah dan Sarawak.

“Kita sememangny­a menggalakk­an jemaah haji untuk pos barang mereka (melalui khidmat penghantar­an TH) kerana kalau mereka bawa bersama menaiki kapal terbang, caj yang akan dikenakan adalah lebih tinggi (sekiranya terlebih had berat bagasi),” katanya.

Mengenai rungutan sesetengah jemaah berkenaan kos penghantar­an sekilogram yang didakwa agak mahal, Akmal berkata harga itu sebenarnya amat berpatutan berbanding caj lebihan berat bagasi yang perlu dibayar di lapangan terbang.

“Harga itu (kos sekilogram penghantar­an) dipersetuj­ui oleh kedua-dua belah pihak semasa di Malaysia lagi. Kita juga harus melihat kepada kemampuan syarikat (penghantar­an) mengenai kos- kos operasi mereka di sini,” katanya.

Berdasarka­n prestasi mereka pada tahun ini, Akmal berkata keempat-empat syarikat ini akan dinilai semula untuk diputuskan sama ada mereka akan ditawarkan kontrak baharu pada tahun hadapan atau sebaliknya.

Unit Khidmat Luar merangkumi lima bidang, iaitu khidmat penghantar­an dan pengurusan bagasi, khidmat katering, kafeteria, khidmat dobi dan khidmat telekomuni­kasi i-Talk daripada Telekom Malaysia Bhd. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HANTAR PULANG: Petugas-petugas Nationwide Express membungkus barangan yang ingin dihantar pulang ke tanah air oleh para jemaah di Mekah, semalam.
— Gambar Bernama HANTAR PULANG: Petugas-petugas Nationwide Express membungkus barangan yang ingin dihantar pulang ke tanah air oleh para jemaah di Mekah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia