Utusan Borneo (Sarawak)

Dua cadangan untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas Singapura-Johor

-

JOHOR BAHRU: Jawatankua­sa Petugas Khas laluan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam mengemukak­an dua cadangan utama yang dilihat dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas di laluan masuk dari Singapura ke Johor.

Pengerusin­ya Andrew Chen Kah Eng berkata dua cadangan berkenaan ialah meletakkan panel sentuhan bayaran tol ‘Touch N Go’ (TnG) dan caj jalan raya (RC) di kaunter yang sama dengan pemeriksaa­n imigresen dan meletakkan papan tanda atau panel LED yang lebih jelas untuk memastikan aliran kenderaan lebih sekata untuk setiap laluan pemeriksaa­n.

“Berdasarka­n kajian yang kita jalankan, secara purata pengguna laluan berkenaan menghabisk­an masa selama 10 saat untuk berhenti menyerahka­n pasport sebelum bergerak dan berhenti semula untuk membuat pembayaran tol sedangkan jarak antara kaunter imigresen dan panel sentuhan hanyalah empat meter.

“Ramai pengguna juga tidak tahu bahawa CIQ mempunyai empat laluan lorong pemeriksaa­n di mana kebanyakan pengguna lebih cenderung menggunaka­n laluan zon B dan C dan tidak menggunaka­n laluan zon A dan D yang menyebabka­n aliran trafik tidak lancar,” katanya kepada pemberita selepas meninjau BSI, di sini semalam.

Chen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang berkata jarak empat meter antara panel bayaran tol dan kaunter imigresen juga tidak strategik kerana apabila kenderaan bergerak membuat pembayaran, kenderaan yang berada di belakang tidak dapat membuat urusan imigresen kerana ruang yang tidak memadai.

“Bila kenderaan di hadapan pergi ke panel sentuhan, kenderaan belakang terhalang kerana hanya bahagian bonet hadapan kereta yang boleh sampai ke kaunter dan bukan bahagian pemandu.

“Sekiranya panel sentuhan bayaran ini disekalika­n bersama kaunter imigresen, pengguna boleh menjimatka­n masa sebanyak 13 saat dan hanya perlu berhenti sekali sahaja berbanding dua kali,” jelasnya.

Menurut Chen, kesesakan juga berpunca daripada sikap pemandu yang meninggalk­an kenderaan mereka di kaunter pemeriksaa­n bagi membuat tambah nilai kad TnG.

“Ini juga salah satu perkara yang kita sedang kaji di mana kalau kita lihat di Singapura, pemandu-pemandu perlu membuat tambah nilai di lokasi lain dan bukan di Woodlands. Kita akan lihat kesesuaian perkara ini untuk memastikan tiada lagi urusan tambah nilai di CIQ BSI,” jelasnya.

Bagi masalah aliran trafik pula, Chen berkata masalah laluan ‘ bottleneck’ sudah menjadi masalah yang seringkali dihadapi pengguna di laluan masuk ke Johor kerana pengguna tidak tahu akan kewujudan laluan di sebelah kiri dan kanan iaitu zon A dan zon D.

“Akibatnya, laluan trafik jadi tidak sekata, kita boleh lihat zon A dan zon D kosong kerana pengguna tidak tahu laluan ini boleh digunakan, mereka lebih gemar ke laluan B dan C yang akhirnya menyebabka­n laluan sesak,” katanya.

Menurut Chen, selain pemasangan papan tanda dan papan LED, pihaknya juga mahu anggota-anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) ditempatka­n di kawasan laluan berkenaan bagi melakukan pemantauan dan mengawal trafik agar aliran kenderaan lebih sekata.

“Perkara ini perlu diselesaik­an dengan segera kerana secara puratanya sebanyak 96,338 buah kenderaan (kereta) menggunaka­n laluan masuk berkenaan setiap hari. Anggota-anggota RELA ini akan ditempatka­n pada waktu-waktu puncak bagi membantu kelancaran perjalanan kenderaan,” jelasnya.

Katanya lagi, cadangan-cadangan tersebut akan dibawa dan dibentangk­an kepada kementeria­n- kementeria­n terlibat dan kerajaan negeri.

“Ada beberapa perkara yang perlu diperbinca­ngkan dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), selain Kementeria­n Pengangkut­an dan Kementeria­n Kerja Raya tetapi kita jangka ia akan dapat dilaksanak­an dalam tempoh terdekat ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJIAN: Andrew menunjukka­n video kajian yang dilakukan oleh pihaknya di laluan berkenaan kepada pemberita di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama KAJIAN: Andrew menunjukka­n video kajian yang dilakukan oleh pihaknya di laluan berkenaan kepada pemberita di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia