Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tuan rumah mesyuarat Ketua-Ketua Imigresen ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN ( DGICM) ke- 22 yang akan berlangsun­g di ibu negara dari 5-9 Ogos ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Menurut beliau, mesyuarat tahunan itu akan membincang­kan isu-isu semasa serantau termasuk keganasan dan keselamata­n, program kerjasama serta keberkesan­an pengurusan kawalan sempadan serta penguatkua­saan bersama 10 negara anggota ASEAN.

“Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah adalah berdasarka­n susunan huruf dalam kalangan negara anggota ASEAN.

“Selain Sekretaria­t ASEAN, Ketua-ketua Pengarah Imigresen yang bakal terlibat dalam mesyuarat DGICM kali ini termasuk dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini, malam kelmarin.

Ia adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas julung kalinya pada 2007.

Mustafar berkata ia juga bertujuan memberi peluang kepada Ketua-Ketua Pengarah Imigresen ASEAN untuk berbincang secara menyeluruh mengenai pengurusan imigresen di rantau ini.

Beliau berkata aktiviti pengganas asing, jenayah pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an orang dapat dibanteras dengan adanya platform sedemikian yang mana penyaluran maklumat pencegahan dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan melalui kerjasama serantau.

Penganjura­n mesyuarat itu juga, katanya, dapat memberi peluang kepada pihak imigresen negara-negara ASEAN merangka strategi- strategi baharu untuk menghadapi cabaran keselamata­n di rantau ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia