Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kesihatan cadang wujud peraturan kawal selia ‘doula’

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan bercadang mewujudkan peraturan khusus bagi mengawal khidmat ‘doula’ (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita bersalin.

Menteri berkenaan Dr Dzulkefl y Ahmad berkata langkah itu bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan ibu serta kandungan terjamin semasa proses kelahiran.

“Kementeria­n sedang memantau amalan ini supaya kami dapat mewujudkan ‘regulation’ untuk mengelakka­n kemudarata­n.

“Kita tidak menghalang amalan- amalan seperti bidan yang menjadi tradisi, cuma kita mahu memastikan amalannya tidak berisiko kepada ibu atau janin dalam kandungan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau diminta mengulas trend kelahiran di rumah termasuk tindakan mereka yang mempromosi dan berkongsi kaedah itu di media sosial.

Doula adalah pembantu atau peneman semasa proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi serta maklumat berkaitan kehamilan dan kelahiran seperti cara meneran dan bernafas.

Mengenai perkembang­an Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Dzulkefly berkata kementeria­n telah mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar produk pencegahan jang- kitan untuk bersama-sama menangani penularan jangkitan itu.

Katanya kerjasama itu menumpukan kepada usaha kempen kebersihan tangan dan operasi menyahjang­kitan di taman-taman permainan dan di kompleks beli-belah.

“Selain daripada itu, kita juga menjalanka­n saringan awal kepada anak-anak kecil sebelum mereka memasuki sekolah atau taman- taman asuhan, ini adalah beberapa langkah yang telah kita mulakan,” katanya.

Setakat ini lebih 35,000 kes jangkitan HFMD direkodkan, namun tiada kes kritikal dilaporkan, tegasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia