Utusan Borneo (Sarawak)

Akaun skim piramid Monspace Group dibekukan

Pembekuan menerusi Ops Coin babit 25 akaun syarikat dan 47 akaun individu bernilai RM5.867 juta

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 72 akaun bank skim piramid Monspace Group membabitka­n 25 akaun syarikat dan 47 akaun individu bernilai RM5.867 juta dibekukan dalam Ops Coin yang dijalankan ke atas 16 premis berkaitan syarikat itu semalam.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Mohd RoslanMaha­yudin berkata serbuan tersebut melibatkan sebuah premis perniagaan syarikat itu di Ipoh, Perak dan 15 lagi di Lembah Klang meliputi empat premis perniagaan, lapan kediaman dan tiga pusat pelayan Internet (server).

Katanya komputer dan pelbagai produk syarikat itu bernilai RM980,352 turut dirampas, selain menyita mata wang asing terdiri daripada Euro, Yuan dan

Lima aduan berkenaan tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang dibuat, manakala satu lagi mengenai penggunaan logo BNM dalam laman web syarikat itu untuk meyakinkan orang ramai.

Dolar Amerika bernilai RM93,879.20.

“Sebanyak 26 buah kenderaan dengan nilai RM6.2 juta telah dibekukan daripada transaksi pindah hak milik,” katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Menurutnya operasi itu turut membabitka­n National Revenue Recovery Enforcemen­t Team (NRRET) Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia.

Mohd Roslan berkata Ops Coin itu dijalankan hasil sia- satan yang dijalankan sejak tahun lepas susulan enam aduan yang diterima daripada mangsa skim tersebut.

“Lima aduan berkenaan tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang dibuat, manakala satu lagi mengenai penggunaan logo BNM dalam laman web syarikat itu untuk meyakinkan orang ramai,” katanya.

Ditanya sama ada pengasas syarikat itu akan ditahan, katanya buat masa ini tiada tangkapan dibuat berikutan wanita berusia 48 tahun yang bergelar Datuk Seri itu memberikan kerjasama yang baik dalam siasatan.

“Bagaimanap­un, kita telah mengambil tindakan membekukan perjalanan dia ke luar negara. Namanya telah disenarai hitam Jabatan Imigresen,” katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 27B, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Ditanya mengenai modus operansi syarikat itu, Mohd Roslan berkata seorang anggota perlu melabur antara RM500 sehingga RM5,000 dan mereka perlu mencari dua lagi anggota bagi mendapatka­n semula modal dan pulangan mereka.

Pada Mei tahun lepas, dilaporkan seramai 71 warga China membuat laporan polis terhadap MonSpace di Balai Polis Bukit Jalil selepas mendakwa wang simpanan mereka ditipu syarikat itu. — Bernama

Datuk Mohd Roslan Mahayudin Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTERAS: Mohd Roslan (tengah) menunjukka­n carta skim piramid yang berjaya dirampas pada sidang media Ops Coin dalam membentera­s Skim Piramid atau Monspace Group di KPDNHEP, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BANTERAS: Mohd Roslan (tengah) menunjukka­n carta skim piramid yang berjaya dirampas pada sidang media Ops Coin dalam membentera­s Skim Piramid atau Monspace Group di KPDNHEP, Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Roslee (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses dadah bernilai RM462 ribu yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah dekat Taman Seri Segar, Butterwort­h Isnin lepas, ketika mengadakan...
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Roslee (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses dadah bernilai RM462 ribu yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah dekat Taman Seri Segar, Butterwort­h Isnin lepas, ketika mengadakan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia