Utusan Borneo (Sarawak)

Penerokaan tanah di Taman Alam Kinta menyalahi undang-undang

-

BATU GAJAH: Kegiatan penerokaan tanah di Taman Alam Kinta di sini menyalahi undangunda­ng kerana kerajaan negeri tidak pernah menawarkan sewaan tanah kepada manamana pihak sejak kawasan itu diwartakan sebagai Taman Negeri pada 17 Mac 2016, kata Anggota Exco kerajaan negeri Perak Tan Kar Hing.

“Justeru jangan percaya dengan sebarang tawaran sewaan di tapak taman ini kerana kawasan ini telah diwartakan untuk pembanguna­n Taman Negeri,” katanya kepada pemberita sebelum meninjau kawasan taman tersebut di sini semalam.

Tan yang merupakan Pengerusi Jawatankus­a Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri berkata Perbadanan Taman Negeri Perak menerima laporan bahawa sebuah koperasi telah menceroboh tanah seluas 10 ekar di taman itu untuk menjalanka­n aktiviti pertanian pada 17 Julai lalu.

Beliau berkata koperasi terbabit mendakwa bahawa pihaknya telah membuat perjanjian dengan satu operator tempatan untuk menyewa tanah tersebut dengan bayaran RM7,200 setahun.

“Kita dapati bahawa dokumen itu tidak benar dan perjanjian itu tidak ada kelulusan daripada Perbadanan Taman Negeri atau kerajaan negeri dan jelaslah ini adalah satu penceroboh­an,” katanya sambil menambah koperasi tersebut dalam proses meratakan tanah untuk menjalanka­n aktiviti tanaman kontang.

Susulan itu, Perbadanan Taman Negeri membuat laporan polis pada 19 Julai dan menyerahka­n kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, katanya.

Tan berkata selain Taman Alam Kinta, Perak mempunyai tiga lagi taman negeri di bawah selenggara­an Perbadanan Taman Negeri iaitu Royal Belum di Gerik, Pulau Sembilan di Lumut dan Geopark di Lembah Kinta.

Taman Alam Kinta seluas 395.56 hektar itu menerima kunjungan 1,995 pelancong dalam tempoh 29 Sept 2017 hingga 31 April 2018, dengan pelbagai aktiviti disediakan antaranya riadah, perkhemaha­n dan berbasikal.

Beliau berkata antara punca berlaku penceroboh­an di Tam- an Alam Kinta adalah kerana kawasannya yang luas serta kurang penguatkua­saan.

“Justeru kerajaan akan membangunk­an kawasan ini terutama daripada segi penguatkua­saan dan infrastruk­tur antaranya manaiktara­f jalan masuk sejauh lima kilometer, menambah papan tanda, merancakka­n promosi, meningkatk­an penguatkus­aan termasuk memasang pagar di kawasan sempadan,” katanya.

Dalam pada itu, Tan berkata kerajaan negeri akan mengadakan rundingan secara berterusan dengan pengusaha yang telah menjalanka­n aktiviti pertanian di Taman Alam Kinta sebelum kawasan itu diwartakan.

“Empat pengusaha yang menjalanka­n ternakan itik di kawasan itu mempunyai Lesen Menduduki Sementara (LMS) sebelum kawasan itu diwartakan, namun sehingga 31 Disember 2017 kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak menyambung LMS tersebut.

“Rundingan diadakan bersama mereka (pengusaha) dua hari lepas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jadi kita akan adakan rundingan secara berterusan dengan mereka supaya penyelesai­an dapat dicapai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Tan (dua kiri) meninjau kawasan yang telah di ceroboh oleh pihak luar di Taman Alam Kinta, Batu Gajah, semalam.
— Gambar Bernama MENINJAU: Tan (dua kiri) meninjau kawasan yang telah di ceroboh oleh pihak luar di Taman Alam Kinta, Batu Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia