Utusan Borneo (Sarawak)

Kelaparan alasan penganggur mencuri di pasar raya

-

MIRI: Seorang penganggur yang mendakwa kelaparan setelah dua hari tidak makan, bertindak nekad mencuri pelbagai jenis makanan untuk mengalas perutnya.

Dia yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mencuri kemudian dijatuhi hukuman penjara empat minggu oleh Majistret Zuraini Ali Musa.

Hukuman itu dijatuhkan setelah mahkamah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Philip Lawing Jalong, 30, dari Long Lama, Baram didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri tiga peket coklat Cadbury, dua peket biskut Oreo, tiga peket coklat Snickers, satu botol minyak wangi dan satu peket biskut Tiger kepunyaan sebuah pasar raya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12 tengah hari, 21 Julai lalu di sebuah pasar raya di kawasan Permyjaya di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili merayu hukuman diringanka­n memandangk­an semasa kejadian, dia sangat lapar kerana sudah dua hari tidak makan.

Tertuduh memberitah­u dia datang ke sini untuk mencari pekerjaan dan tidak mempunyai wang.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia