Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n tidak akan toleransi isu jenayah seks di sekolah

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan tidak akan bertoleran­si dengan isu-isu jenayah seks di sekolah dan akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pihak yang terlibat, kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Maszlee berkata beliau memandang serius isu salah laku seksual dalam kalangan guru kerana bagi saya ia suatu jenayah yang berat.

“Sesungguhn­ya, tiada tempat bagi penjenayah seks di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, seorang guru lelaki berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di George Town, Pulau Pinang ditahan selepas polis menerima laporan daripada beberapa murid lelaki mendakwa dicabul semasa sesi pembelajar­an di sekolah berkenaan.

Pada 19 Julai pula, seorang guru lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di Ampang, Selangor.

Maszlee menyaranka­n mangsa dan ibu bapa mangsa seksual segera tampil melaporkan termasuk kepada polis mengenai salah laku seksual oleh manamana guru agar tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Beliau turut menekankan bahawa pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil sikap melindungi guru yang terlibat kerana ia hanya akan menyebabka­n lebih ramai anak menjadi mangsa seksual.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat dan aman untuk semua, lebihlebih lagi anak kita.

“Guru bertanggun­gjawab untuk mendidik dan membimbing, dan tidak patut mengambil kesempatan sama sekali ke atas anak murid,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia