Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bawa impak besar kedua-dua negeri perlu penelitian terperinci

-

KUALA LUMPUR: Mekanisme dan pelaksanaa­n keseluruha­n projek Lebuhraya Pan Borneo fasa 2 kini dalam peringkat penelitian teknikal dan akan dimuktamad­kan segera bersama Kementeria­n Kewangan serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak membawa impak yang besar kepada negeri berkenaan dan rakyatnya termasuk dari segi pembanguna­n sosioekono­mi, maka penelitian yang lebih terperinci adalah perlu.

“Menerusi projek fasa satu, kerja pembinaan lebuh raya berkenaan melibatkan laluan dari Teluk Melano hingga ke Miri yang terdiri daripada 11 pakej dengan anggaran sepanjang 786 kilometer dalam proses pembinaan.

Pembinaan fasa dua projek lebuh raya ini dari Limbang ke Lawas pula dalam peringkat penelitian kewangan,” katanya menjawab soalan Datuk Fadillah Yusof (PBBPetra Jaya) mengenai status projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa 2, pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Baru berkata Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah juga melibatkan kerja menaik taraf jalan raya sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang 706 kilometer yang merangkumi pelaksanaa­n fasa

Menerusi projek fasa satu, kerja pembinaan lebuh raya berkenaan melibatkan laluan dari Teluk Melano hingga ke Miri yang terdiri daripada 11 pakej dengan anggaran sepanjang 786

pembinaan.” kilometer dalam proses Baru Bian Menteri Kerja Raya

satu projek pembinaan lebuh raya berkenaan dan dipecahkan kepada 35 pakej.

Katanya, 12 pakej yang dalam proses pembinaan akan terus dilaksanak­an, manakala baki 23 pakej masih di pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat, khu- susnya di Sabah dan Sarawak dan adalah manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah sebahagian daripada perancanga­n membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Fuziah (tiga kanan) beramah mesra dengan motivator yang juga pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) Azzrulkhan Hasrullah Matsah selepas merasmikan Simposium Motivator dan Trainer Muslim Malaysia di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...
— Gambar Bernama MESRA: Fuziah (tiga kanan) beramah mesra dengan motivator yang juga pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) Azzrulkhan Hasrullah Matsah selepas merasmikan Simposium Motivator dan Trainer Muslim Malaysia di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia