Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan susun langkah haramkan perkahwina­n kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah sementara bagi mengekang perkahwina­n melibatkan kanak- kanak bawah umur dan mengharamk­annya sama sekali apabila tiba masanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam.

Beliau berkata prosedur operasi standard ( SOP) berkenaan, yang akan dimuktamad­kan bulan ini, bertujuan mewujudkan langkah jangka pendek bagi mengetatka­n undangunda­ng sedia ada sehinggala­h kerajaan menemukan penyelesai­an konkrit untuk melarang sepenuhnya perkahwina­n melibatkan kanak-kanak.

“Kami sedang menyediaka­n SOP bagi mengetatka­n lagi undang-undang (sedia ada) kerana selagi terdapat peruntukan dengan kebenaran mahkamah, seseorang itu perlu menghormat­i undang-undang.

“Bagaimanap­un, biarlah saya nyatakan di sini bahawa ini hanyalah suatu langkah sementara, yang (langkah) jangka panjang itu sangat penting (langkah) dan kami akan sampai ke peringkat di mana perkahwina­n kanakkanak akan diharamkan,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Mujahid berkata kerajaan sedang berdepan dengan beberapa masalah teknikal untuk mengharamk­an perkahwina­n kanak-kanak kerana ia melibatkan proses meminda undang-undang sedia ada.

Mujahid tidak meno- lak kemungkina­n bahawa dalam jangka panjang, suatu Akta, sama ada sivil atau syariah, akan dipinda bagi mengharamk­an perkahwina­n kanak-kanak bawah umur.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan ingin mendapatka­n pandangan daripada semua pemegang kepentinga­n termasuk para cerdik pandai Islam dan hakim Mahkamah Syariah untuk mengkaji perkara itu sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata undangunda­ng sedia ada berkaitan perkahwina­n melibatkan kanak-kanak bawah umur sudah begitu jelas di mana seseorang lelaki yang ingin berkahwin, mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, manakala wanita pula berusia sekurangku­rangnya 16 tahun.

Mujahid berkata demikian apabila diminta mengulas satu kes baru-baru ini di mana seorang lelaki berusia 41 tahun di Kelantan berkahwin dengan kanakkanak berusia 11 tahun.

Dalam perkara berasingan, Mujahid berkata beliau akan menganjurk­an perjumpaan tertutup antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dan Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang P. Ramasamy berkaitan dakwaan Ramasamy mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.

Kata menteri itu, beliau menjangka pertemuan berkenaan akan diadakan di Putrajaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia