Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Hasutan cukup untuk elak kebencian agama: PAS

-

KOTA BHARU: Akta Hasutan 1948 sudah mencukupi bagi membendung sebarang aktiviti yang boleh mencetuska­n ketegangan antara penganut agama mahupun kaum, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata Malaysia mempunyai terlalu banyak undang-undang namun dalam masa yang sama penguatkua­saan terhadap sesuatu akta dilihat terlalu lemah.

“Saya rasa lebih baik menteri (di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa) melihat dahulu akta-akta yang ada dan tengok di mana ruang-ruang yang kita boleh laksanakan untuk menjaga keharmonia­n di dalam negara kita terutamany­a dalam isu-isu yang melibatkan agama dan juga kaum.

“Saya (juga) ada terbaca pandangan daripada seorang peguam (yang mendakwa) Akta Hasutan ini cukup untuk mengawal isu perkauman dan agama,” katanya kepada pemberita selepas berakhirny­a persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kelantan di sini, semalam.

Kelmarin, Mujahid dilaporkan berkata kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehka­n tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain.

Ditanya mengenai langkah Kerajaan Persekutua­n untuk memperhalu­si pembayaran 20 peratus royalti petroleum kepada negeri pengeluar minyak dan gas, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata perjanjian asal hanya membabitka­n pembayaran lima peratus sahaja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia