Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak campur tangan tentukan RUU355 dibahas di parlimen

-

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan campur tangan dalam menentukan sama ada Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 kembali dibahaskan di Parlimen kerana berpegang kepada prinsip pengasinga­n kuasa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata, prinsip tersebut menjelaska­n badan eksekutif tidak boleh mencampuri aturan perjalanan Parlimen termasuk dalam hal berkenaan pembentang­an sebarang usul oleh anggota badan itu.

Mengulas harapan pembangkan­g agar RUU355 dibenar dibahaskan, Fuziah berkata prosedur Parlimen memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menentukan usul yang perlu diberi keutamaan untuk dibentang dan dibahaskan.

“Peraturan juga menyebut sebarang usul yang hendak di bawa perlu diberi notis 14 hari sebelum tarikh Parlimen bersidang.

“Jika usul itu telah dibawa tentu ia disenaraik­an di dalam kertas aturan mesyuarat yang mana setakat ini perkara itu tidak kelihatan,” katanya, sambil menambah RUU355 sudah pasti tidak dapat dibahaskan pada sesi Parlimen yang akan berakhir pada 16 Ogos depan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Motivator dan Trainer Muslim Malaysia di sini semalam, Fuziah yang turut ditanya kesediaan kerajaan untuk berbahas usul itu sekiranya ia di bawa ke Parlimen, berkata mereka sedia mengambil bahagian dalam perbahasan.

Semalam, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Ke- lantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud dilaporkan berkata kerajaan negeri itu akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutua­n berhubung perkara tersebut walaupun terdapat desas-desus yang mendakwa RUU355 tidak akan dibahaskan di Parlimen pada sesi kali ini.

Dalam pada itu, Fuziah berkata pihaknya sedia membantu kakitangan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) yang tidak menerima gaji penuh sejak Jun lepas berikutan kekurangan dana selepas pembiayaan­nya oleh satu daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dihentikan.

“Petugas IKSIM yang tidak mendapat gaji boleh datang terus kepada kami, insya-Allah agensi di bawah kami boleh membuat pembayaran wang secara terus kepada mereka,” katanya.

Mengenai sekatan pem- berian dana, Fuziah berkata sebagai pihak yang bertanggun­gjawab ke atas agensi di bawah JPM yang menyediaka­n dana kepada IKSIM, pihaknya bertindak selepas mendapati wujud perkara meragukan dalam hal berkaitan prosedur kewangan, pengeluara­n wang dan pembelian aset.

“IKSIM ialah syarikat jaminan terhad melalui jaminan RM1 juta oleh satu daripada agensi di bawah JPM. Kami tidak ada kuasa ke atas IKSIM tapi dana yang dikeluarka­n oleh agensi tersebut adalah di bawah tanggungja­wab kami.

“Pemberian dana bukan disekat begitu sahaja tetapi ia melibatkan aspek undangunda­ng serta amalan penggunaan kewangan yang didapati wujud perkara-perkara yang boleh dipersoalk­an,” katanya dan menambah sebanyak RM34.6 juta telah diperuntuk­kan kepada IKSIM sejak 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia