Utusan Borneo (Sarawak)

UEC: MB Perak akan jumpa Harussani, jelas pendirian kerajaan negeri

-

IPOH: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu akan bertemu Mufti negeri Tan Sri Dr Zakaria bagi menjelaska­n pendirian kerajaan negeri berhubung pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC).

Beliau berkata pengiktira­fan UEC adalah antara janji yang telah diputuskan dan dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Pengiktira­fan UEC ini adalah janji kita kepada orang ramai, kita tunaikan dan saya fikir ramai yang tidak faham tentang maksud sebenar perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat exco negeri di sini semalam.

Terdahulu, Harussani dalam kenyataann­ya berkata pengiktira­fan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksika­n bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Beliau berkata ia amat mendukacit­akan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum- kaum lain dengan menimbulka­n semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni yang wujud di negara ini.

Ahmad Faizal turut menegaskan sekali lagi kerajaan negeri akan menerima secara terbuka untuk mengiktira­f UEC, namun pemegang sijil itu perlu fasih berbahasa Melayu selain mendapat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Itu yang kita mahu agar seluruh rakyat Malaysia ter- utama sekali yang berkhidmat sebagai penjawat awam hendaklah boleh berbicara, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia, itu amat penting untuk semua rakyat negara.

“Jadi, kerajaan negeri PH menganggap tidak perlu mengongkon­g atau mengekang mana- mana pihak yang memegang sijil itu untuk tidak diberi peluang sewajarnya untuk bertugas sebagai penjawat awam,” katanya.

UEC ialah sijil yang dikeluarka­n sekolah menengah persendiri­an Cina Malaysia dan pelaksanaa­nnya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia