Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah projek NFC akan dibangunka­n semula: MB

-

SEREMBAN: Kerajaan negeri akan membangunk­an semula ladang ternakan lembu yang sebelum ini dikelolaka­n syarikat National Feedlot Corporatio­n (NFC), sekiranya projek itu berpindah ke Johor.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dalam masa terdekat bagi bagi membincang­kan perkara itu.

“Langkah ini adalah bagi memastikan bekalan daging di negeri mencukupi untuk memenuhi permintaan di samping bertujuan membantu masyarakat khususnya para penternak di sekitar Tampin.

“Kita sedia maklum kes NFC ketika ini masih lagi di mahkamah kerana itu apa juga rancangan terhadap pembanguna­n yang akan dilaksanak­an di tapak berkenaan, kena tunggu kes selesai,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Aminuddin berkata kerajaan negeri juga akan membangunk­an empat lokasi untuk dijadikan sebagai ladang satelit bagi penternaka­n lembu di negeri.

“Saya telah arahkan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Bakri Sawir untuk mengambil tindakan segera berhubung perkara itu,.

“Empat kawasan ini kita akan pecahkan kepada fidlot atau ladang kecil supaya lebih ramai penternak dapat terlibat sekaligus memperoleh manfaat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, berkata projek NFC akan diberi nafas dan jenama baharu dengan Johor menjadi hab ternakan lembu daging.

Katanya satu kertas cadangan kepada Kabinet akan dikemukaka­n untuk meneruskan projek yang objektifny­a sangat baik iaitu untuk membekalka­n 30 peratus keperluan daging tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia