Utusan Borneo (Sarawak)

Emery hormati keputusan Ozil menamatkan ‘kariernya’ bersama skuad Jerman

-

SINGAPURA: Pengurus baharu Arsenal, Unai Emery, memberitah­u wartawan semalam di mana beliau menghormat­i keputusan Mesut Ozil untuk bersara dari bola sepak antarabang­sa bersama Jerman kerana apa yang beliau dakwa “perkauman dan tidak hormat” kerana asal usulnya dari Turki. Ozil menjadi sasaran kritikan di atas prestasi beliau ketika kempen hambar J e r m a n di Piala D u n i a 2 0 1 8 d a n j u g a p e r - temuan s e r t a b e r - gambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada bulan Mei.

Ozil dan rakan senegarany­a, Ilkay Gundogan yang berketurun­an Turki dan juga bergambar dengan Erdogan, dicemuh oleh penyokong Jerman semasa perlawanan persahabat­an sebelum sepak mula Piala Dunia.

Erdogan berkata Selasa lepas di mana layanan terhadap Ozil adalah satu isu perkauman dan ia tidak dapat diterima.

Keputusan Ozil, 29, untuk bersara dari bola sepak antarabang­sa membangkit­kan perdebatan hangat di Jerman tentang komuniti pendatang terbesar di negara itu.

“Ia adalah keputusan peribadi yang saya hormati,” kata Emery ketika memberitah­u wartawan di sini, sehari sebelum perlawanan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa menentang Atletico Madrid.

Emery, yang menjadi pengurus baharu Arsenal yang pertama sejak 22 tahun selepas Arsene Wenger melepaskan jawatan, berkata Ozil berasa seperti di kediamanny­a sendiri di Arsenal.

“Kami seperti kediamanny­a. Kami seperti keluargany­a. Kami akan membantu beliau untuk berasa gembira dan selesa,” tambah Emery.

Ozil tidak mengulas lanjut tentang keputusan beliau sejak tiba di Singapura bersama Arsenal Isnin lepas.

Selain Atletico Madrid, Arsenal juga akan menentang Paris Saint Germain pada Sabtu ini. — Reuters “Sud a h tentu menentang Leices-

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia