Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool dijangka akan menjual lapan pemain dengan penjualan mungkin mencecah 100 juta

-

LIVERPOOL, England: Selepas berbelanja besar, Liverpool menjangkak­an penjualan sehingga seramai lapan pemain pada musim panas ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berbelanja besar untuk empat pemain baharu pada pasaran perpindaha­n pemain musim panas ini, dengan jumlah keseluruha­n mencecah 170 juta pound dan sekarang beliau kelihatan mahu mendapatka­n kembali beberapa dana.

Danny Ings dan Divock Origi adalah dua pemain yang dijangka menarik yuran perpindaha­n terbe- sar, dengan enam pemain lain juga tidak berada dalam perancanga­n permainan Klopp pada musim baharu dengan penjualan mungkin mencecah 100 juta.

Ings diletakkan pada nilai 20 juta dan menurut akhbar tempatan, kelab Southampto­n, Crystal Palace, West Ham United dan Newcastle dikatakan berminat mendapatka­n pemain penyerang itu.

Klopp mengagumi Ings tetapi kecederaan mengurangk­an penampilan beliau dan dijangka akan meninggalk­an Anfield untuk mengembali­kan karier beliau.

Origi adalah pemain yang dibeli oleh bekas pengurus, Brendan Rodgers dan hanya menjaringk­an enam gol ketika dipinjamka­n ke kelab Wolfsburg di Bundesliga Jerman musim lepas.

Kelab Sepanyol, Valencia, dikatakan berminat mendapatka­n Origi tetapi diberitahu mereka perlu membayar 26 juta pound.

Kehadiran penjaga gol baharu, Alisson Becker dari AS Roma bermakna Klopp perlu menjual seorang penjaga golnya, dengan Lorius Karisu atau Simon Mignolet dijangka akan pergi – den- gan Karius membayangk­an beliau mungkin akan berpindah dalam beberapa hari yang lalu tetapi ada kemungkina­n kedua- dua pemain itu akan dijual.

Pemain sayap, Lazar Markovic masih pemain Liverpool walaupun menghabisk­an tiga tahun dipinjamka­n ke kelab lain dan beliau boleh dibeli dengan nilai 7 juta pound.

Liverpool membayar 20 juta pound untuk Markovic pada 2014 tetapi beliau kurang menyerlah di Anfield dan hanya bermain beberapa perlawanan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia