Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berdepan cabaran lebih berliku di Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan berdepan cabaran lebih berliku pada temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) diundi dalam Kumpulan E pada sesi undian semula acara itu di sini semalam.

Undian tambahan itu diadakan di ibu pejabat Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil di sini dengan hanya melibatkan dua pasukan iaitu Palestin dan UAE.

Keputusan itu menyaksika­n Malaysia yang sebelum ini diundi bersama- sama juara bertahan, Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan akan bermain empat perlawanan dalam saingan kumpulan sebelum dua pasukan teratas mara ke pusingan kalah mati.

Undian semula itu turut menyaksika­n pasukan tuan rumah, Indonesia yang berada dalam Kumpulan A berdepan cabaran terbaharu apabila Palestin diundi dalam kumpulan tersebut.

K e h a d i r a n UAE dan Palestin yang t e r l e p a s daripada u n d i a n awal pada 5 J u l a i lepas yang berlangsun­g di Jakarta menjadikan jumlah pasukan bertanding meningkat kepada 26, menyaksika­n empat kumpulan akan memiliki empat pasukan sementara

dua kumpulan lagi dilengkapk­an dengan lima pasukan. Undian semula itu dilakukan susulan bantahan daripada UAE yang dilaporkan tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tercicir dalam undian awal bersama dengan Palestin akibat m a s a l a h teknikal.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata keputusan undian semula yang hanya melibatkan dua negara itu adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia (INASGOC).

“Sebab mengapa dibuat pengundian secara terhad dan bukannya terbuka itu kena merujuk kepada OCA dan INASGOC.

“AFC cuma bantu dalam mengendali­kan perkaraper­kara teknikal dan kami dimaklumka­n oleh OCA dan INASGOC untuk membuat pengundian terhad iaitu hanya melibatkan dua pasukan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis undian itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Ratu Trisha Destria mengesahka­n jadual perlawanan membabitka­n kumpulan yang mempunyai lima pasukan akan bermula pada 10 Ogos, berbanding jadual asal 14 Ogos. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia