Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan dunia: Daren tak gentar tanpa Chong Wei

-

PETALING JAYA: Pemain profesiona­l negara, Liew Daren mengakui tiada tertekan untuk menggalas cabaran sebagai wakil tunggal negara dalam acara perseorang­an lelaki tanpa kehadiran Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Dunia 2018 di Nanjing, China, bermula Isnin ini.

Chong Wei menarik diri daripada kejohanan yang bermula 30 Julai hingga 5 Ogos ini akibat masalah pernafasan.

Menurut Daren, yang juga bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia ( BAM), beliau memang terkejut dengan berita bahawa Chong Wei menghadapi masalah pernafasaa­n dan terpaksa berehat selama sebulan.

“Saya memang terkejut apabila mengetahui Chong Wei sakit semalam sebab saya tak sangka dia ada penyakit yang serius macam ini kerana dia seorang pemain yang sangat berdisipli­n dan cergas. Saya harap beliau sembuh dengan cepat.

“Setakat ini saya tiada tekanan kerana saya tidak berada di bawah BAM. Jadi saya hanya fokus mengenai persiapan diri dan bagaimana untuk meningkatk­an prestasi saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama di antara Akademi Badminton AirAsia dan aplikasi Yippi di sini, semalam.

BAM semalam mengumumka­n bahawa Chong Wei, naib juara Kejohanan Dunia sebanyak tiga kali (2011, 2013 dan 2015), terpaksa menarik daripada kejohanan itu dan Sukan Asia 2018 di Indonesia bulan depan kerana masalah kesihatan.

Daren, yang menghuni rangking dunia ke-40 itu, kini sedang bekerja keras untuk mencipta kejutan ke atas pilihan ke-15, Jonatan Christie dari Indonesia, pada pusingan pertama.

“Pusingan pertama sangat penting kerana saya baru kalah kepada beliau (Terbuka Malaysia pada akhir Jun). Jadi saya kena fokus untuk menewaskan­nya dahulu dan sekiranya berjaya, saya sasar boleh mara sehingga ke suku akhir.

“Ini Kejohanan Dunia kedua saya (selepas 2013), jadi saya rasa lebih yakin dan tidak gementar seperti kali pertama,” kata pemain Akademi Badminton AirAsia itu yang layak ke kejohanan itu secara merit, selepas menjadi pemain kedua terbaik Malaysia berdasarka­n ranking Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Selain Daren, Malaysia turut akan diwakili oleh Soniia Cheah dan Goh Jin Wei bagi kategori perseorang­an wanita; Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Aaron ChiaWooi Yik Soh (beregu lelaki); Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean(bereguwani­ta) sertaChan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia