Utusan Borneo (Sarawak)

SABA terus komited laksana program pembanguna­n tinju

-

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak ( SABA) terus komited melaksanak­an program pembanguna­n sukan tinju dengan menjalin kerjasama bersama Jabatan Penjara Negeri Sarawak.

Melalui usahasama tersebut, SABA bersetuju menubuhkan pusat latihan baharu yang akan ditempatka­n di Sekolah Henry Gurney Kuching.

Majlis memeterai kerjasama itu telah disempurna­kan oleh Presiden SABA Dato Rahman Lariwoo, manakala Jabatan Penjara Negeri Sarawak diwakili Pengarahny­a Ajidin Salleh.

“Ini merupakan satu lagi program pembanguna­n SABA untuk mencungkil lebih ramai petinju remaja berpotensi.

“Saya yakin ada ramai bakat terpendam di Sekolah Henry Gurney dan SABA berhasrat untuk mengetenga­hkan mereka menjadi petinju profesiona­l,” katanya semasa lawatan ke Pejabat Penjara Negeri Sarawak baru-baru ini.

Rahman menegaskan lagi, pembukaan pusat latihan di sekolah itu bakal mengubah nasib pelatih menjadi seorang petinju yang berjaya namun mereka perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n terhadap Jabatan Penjara Negeri Sarawak terutama Ajidin atas kesediaan untuk menjalin kerjasama bersama SABA dalam pembanguna­n sukan itu.

Jelas beliau, kerjasama seumpama akan membolehka­n SABA mencapai objektif menjadikan Sarawak kuasa sukan tinju di negara ini.

“Jalinan kerjasama pintar ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal SABA untuk menghadapi SUKMA 2020.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Jabatan Penjara Negeri dan Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri atas sokongan diberikan terhadap usaha SABA,” katanya.

Sementara itu, Ajidin menyambut baik penubuhan pusat latihan berkenaan sambil menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama jangka panjang dengan pihak SABA dalam pembanguna­n sukan tinju di Sarawak.

Untuk rekod, pusat latihan di Sekolah Henry Gurney Kuching adalah yang kesembilan selepas di Kuching, Miri, Tatau, Kapit, Saratok, Betong, Sri Aman dan Asajaya.

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Pasukan PDRM (baju merah) dan pasukan SJA mendengar taklimat daripada pengadil sebelum perlawanan.
ERAT HUBUNGAN: Pasukan PDRM (baju merah) dan pasukan SJA mendengar taklimat daripada pengadil sebelum perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia