Utusan Borneo (Sarawak)

50,000 unit rumah ‘Skim Pembinaan Rumah Perakku’ dalam lima tahun

-

KERAJAAN Perak menyasarka­n pembinaan 50,000 unit rumah di bawah ‘Skim Pembinaan Rumah PerakKu’ dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membantu rakyat memiliki kediaman. Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata projek berkenaan dijalankan sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbira­n negeri Mei lalu.

Katanya projek kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak swasta itu melibatkan tiga kategori rumah iaitu kos rendah, sederhana dan mampu milik yang dianggarka­n bernilai RM90,000 hingga RM250,000 seunit.

“Belum ada statistik berkaitan bilangan rumah yang sedang dibina ketika ini, namun pembinaan telah dimulakan di Seri Iskandar, Gerik dan Kuala Kangsar,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Isnin lalu.

Yong berkata pembinaan rumah menerusi skim tersebut turut meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

“Kalau luar bandar kita bina rumah biasa tetapi di bandar seperti Ipoh, pembinaan bergantung kepada keluasan tanah. Kalau kawasan tersebut kecil, mungkin kita akan bina rumah pangsa atau apartmen,” katanya.

Selain itu, Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh berkata projek tersebut membuktika­n kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan komited untuk menyelesai­kan masalah rakyat berkaitan perumahan mampu milik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia