Utusan Borneo (Sarawak)

Maszlee janji jadikan TVET pilihan utama

-

KEMENTERIA­N Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutka­n pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya Dr Maszlee Malik berjanji untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET.

Beliau berkata TVET adalah antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahir­an tinggi serta mengukuhka­n potensi negara bagi pertumbuha­n masa depan.

“TVET memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat terhadap pembanguna­n yang seimbang, mengurangk­an kemiskinan serta ke arah kemakmuran ekonomi.

“Kemahiran TVET tidak lagi dilihat sebagai pengkhusus­an kelas dua,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam sempena berlangsun­gnya Forum Pakar TVET Asia (ATEF) 2018 di Putrajaya Isnin lalu.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai kira-kira 28 peratus pekerja mahir dan menyasarka­n untuk meningkatk­an bilangan tersebut kepada 35 peratus menjelang 2020, katanya.

Maszlee berkata pembanguna­n modal insan berkemahir­an tinggi adalah sangat penting bagi membantu Malaysia melonjak ke arah aktiviti nilai tambah lebih tinggi dan pengetahua­n intensif dalam kalangan negara maju.

“Kerjasama antara pihak swasta dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan membantu menaikkan kualiti graduan TVET.

“Malah, UTHM telah membuktika­n TVET bukan hanya terpakai untuk pendidikan lebih rendah, sebaliknya diterapkan dalam program PhD melalui sistem Dwilatihan Nasional dengan kerjasama Universiti Bremen Jerman,” katanya.

Mengenai forum dua hari itu bermula Isnin lalu, Maszlee menggesa 73 pakar tempatan dan asing untuk menangani beberapa isu dan perubahan global yang mempengaru­hi perkembang­an TVET.

Isu-isu itu antara lain adalah untuk mengukuhka­n tadbir urus TVET untuk pengurusan lebih baik bagi pihak swasta dan awam, menggalak dan memperluas­kan kecekapan kos serta meningkatk­an kualiti dan penyampaia­n program TVET bagi meningkatk­an kebolehpas­aran graduan bidang berkenaan.

“Saya percaya, jika semua isu ini dapat ditangani dengan betul, TVET akan menjadi program pilihan kepada khalayak,” katanya.

Pada majlis itu, Maszlee turut menyaksika­n sesi menandatan­gani 12 memorandum persefaham­an dengan pemain industri tempatan dan asing bagi meningkatk­an kerjasama antarabang­sa mengenai TVET. — Bernama PERSIDANGA­N Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi PegawaiPeg­awai Kerajaan Malaysia 2018 (ConFIG Malaysia) akan diadakan di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 6 Sept nanti.

Pengarah ConFIG Malaysia Khairul Anwar Mohd Zaki berkata persidanga­n julung kali itu adalah medan perkongsia­n kemahiran teknologi digital dalam kalangan pegawai ICT sektor awam dan dijangka dihadiri 300 peserta.

“Persidanga­n ini berbentuk perkongsia­n serta merangkumi pengenalan teknologi, pengajaran kemahiran, pendedahan tips dan perkongsia­n pengalaman,” katanya dalam sidang media berhubung ConFIG Malaysia 2018 di Putrajaya, Selasa lalu.

Beliau berkata ConFIG Malaysia 2018 yang menyokong usaha kerajaan menggalakk­an transforma­si digital dalam kalangan sektor awam, diharap dapat memberi penekanan kepada kecekapan, produktivi­ti dan inovasi ICT bagi mengoptimu­mkan penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat.

Persidanga­n itu bakal membariska­n beberapa panelis berpengala­man daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perkhidmat­an Awam, CyberSecur­ity Malaysia, Aidan Technologi­es, RunCloud, Taming Tech, Webe Digital dan Caspian Technology, katanya.

Pendaftara­n boleh dibuat melalui laman web www.config.my dengan harga tiket biasa RM197. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Dr Maszlee (tujuh kiri) bersama Mohd Ghazali (lapan kanan) bergambar kenangan bersama 12 wakil universiti dan latihan vokasional pada Majlis Makan Malam dan Forum Pakar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Asia 2018 (ATEF2018)...
— Gambar Bernama KENANGAN: Dr Maszlee (tujuh kiri) bersama Mohd Ghazali (lapan kanan) bergambar kenangan bersama 12 wakil universiti dan latihan vokasional pada Majlis Makan Malam dan Forum Pakar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Asia 2018 (ATEF2018)...
 ?? — Gambar Bernama ?? METERAI PERJANJIAN: Dr Maszlee (dua kiri) menyaksika­n majlis pertukaran dokumen di antara Dr Wahid (kiri) dan Sufri (kanan) pada Majlis Makan Malam dan Forum Pakar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Asia 2018 (ATEF2018).
— Gambar Bernama METERAI PERJANJIAN: Dr Maszlee (dua kiri) menyaksika­n majlis pertukaran dokumen di antara Dr Wahid (kiri) dan Sufri (kanan) pada Majlis Makan Malam dan Forum Pakar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Asia 2018 (ATEF2018).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia