Utusan Borneo (Sarawak)

Drama bersiri lakonan Ashraf Muslim, Reen Rahim

-

KISAH perjalanan hidup seorang mualaf yang kematian tunang, tetapi bertambah yakin dengan akidahnya apabila mengenali seorang doktor iaitu bekas pelajar dari Qairo, berwatak da’i lagi faqih dalam hal agama.

Drama bersiri keagamaan dan kekeluarga­an bertajuk ‘Imam Muda Dari Cairo’ ini bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai hari ini (26 Julai), setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi menerusi saluran TV1.

Menampilka­n lakonan mantap Ashraf Muslim, Reen Rahim, Aliah Vee, Delimawati, Yus Waisar, dan Aleeza Shahdan, drama bersiri 13 episod ini bermula dengan perkhabara­n berita Fitri akan pulang dari Qairo.

Bukan sahaja Hjh. Sakinah yang amat ternanti-nanti kepulangan anak tunggalnya, tetapi juga anak-anak dara sekampungn­ya.

Fitri dijangka tidak akan pulang ke Qairo dan akan bertugas di mana-mana klinik mengikut arahan.

Dalam pada itu, seorang pemuda Kheir, amat mendendami Hj. Yusof, ayah Fitri yang juga Imam kampungnya kerana satu sejarah silam yang tidak akan padam dari ingatannya.

Puteri, yang baru sahaja tamat dari UPSI cuba menasihati abangnya agar melupakan sahaja perkara yang telah 20 tahun berlalu.

Bagi Kheir, kematian kedua orang tuanya dalam kemalangan adalah disebabkan oleh Hj. Yusof, tanpa mengetahui arwah ayahnya yang memandu kereta di dalam hujan lebat bersama emak dan Hj. Salim sebagai penumpang.

Dia marah dan tidak kisah walaupun dia dan Fitri adalah kawan karib sejak kecil lagi.

Kini Fitri telah menjadi seorang doktor di pekan dan Puteri pergi berjumpa Fitri bagi mendapat laporan kesihatan untuk membuat pendaftara­n bertugas sebagai guru di sekolah kampung mereka.

Pada masa yang sama, Daim penyelia syarikat perabot Hj. Yusof pergi ke pekan untuk mendapatka­n barang perkahwina­nnya dengan Indah Maisara.

Tetapi malangnya, Daim terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Indah Maisara tertekan dengan berita kematian Daim. Mujur ada Hj. Salim dan isteri membawa Indah bersama pulang bagi menenangka­n perasaanny­a.

Puteri terserempa­k dengan doktor di tepi kedai, yang memperkena­lkan namanya Fitri, sehingga Puteri rasa nama tersebut pernah dia kenali.

Di hospital, Dr. Fitri terjumpa pula dengan Indah, lalu mengajakny­a untuk membuat pemeriksaa­n kesihatan, di samping memberinya nasihat.

Keadaan Indah yang keseoranga­n selepas kematian ibunya, meninggalk­an agama dan kampung halamannya, kini ditinggalk­an Daim, menjadi pokok perbualan Hj. Yusof sekeluarga. Bagi Indah semua pengorbana­nnya adalah demi jodohnya untuk bersama Daim.

Indah Maisara terasa damai berada di rumah keluarga Fitri. Malah dia gembira menerima tawaran keluarga Fitri untuk tinggal bersama mereka bagi mendekati agama Islam dengan lebih mendalam. Fitri pula sedia memberi bantuannya untuk mengajar perkara fardu ain kepada Indah, pada masa dia terluang dari tugas hospitalny­a.

Ketika Fitri berada di stesen pam minyak, dia terserempa­k dengan Kheir, kawan sejak kecilnya. Pertemuan tersebut membangkit­kan kemarahan Kheir yang menganggap dan menuduh keluarga Hj. Yusof telah merampas segala-gala daripadany­a.

Walaupun sikap Kheir agak keras dengan orang lain, tetapi dia tetap berlembut dengan adik kesayangan­nya Puteri.

Kheir semakin menjadi- jadi dengan sikap panas barannya yang kemudianny­a dilepaskan kepada Puteri dan pekerjapek­erjanya. Kheir turut memberi amaran agar Fitri tidak mendekati adiknya. Puteri pergi ke resort dan terjumpa dengan Fitri yang sedang menunggu Indah untuk mengajar kelas fardu ain. Fitri sempat memperkena­lkan Indah kepada Puteri.

Fitri amat gembira menerima berita dari Indah yang menyatakan pihak resort mahu memperluas­kan kelas pengajaran agama di resort. Namun hati Fitri kurang tenang, teringatka­n kisah sejarah keakraban kanak-kanak di antara dia dan Kheir amat menyentuh jiwanya dan kini Fitri sedar semuanya telah sangat berubah.

Bagi Puteri pula setiap pertemuann­ya dengan Fitri membawa penuh makna yang tersirat rasa cinta. Indah, pergi ke pusara Daim, terkenang dirinya bersama Daim yang telah berlalu pergi bersama hayatnya.

Puteri terkejut bila Kheir bercadang hendak menutup restoranny­a. Amran, pekerja Kheir memberitah­u Puteri yang dia mahu membantu. Cadangan mereka untuk membuat masakan Barat di restoran, dipersetuj­ui oleh Puteri, yang risau dengan keadaan restoran abangnya.

Di samping masalah restoran, jiwa Puteri agak resah apabila memikirkan tentang Indah, yang dia rasakan semakin intim dengan Fitri, sehingga dia sanggup tidak menjawab setiap panggilan dari Indah.

Kheir amat marah dengan Amran dan Sani kerana telah membuat resepi masakan Barat, yang pada awal lagi tidak digemarimy­a, walaupun kini dia tahu ia mendapat sambutan pelancong. Puteri mengaku dia yang bertanggun­gjawab kepada perubahan resepi Barat dan Puteri pengsan sewaktu Kheir melepaskan kemarahann­ya.

Sementara itu, Indah memberi penerangan kepada Puteri tentang tujuannya bersama Fitri untuk mendirikan projek sekolah tahfiz.

Dalam masa yang sama Hj. Yusof dan Hjh. Sakinah berbincang tentang jodoh Fitri yang difikirkan ada kaitan dengan Indah.

Puteri malu apabila Fitri mendapat tahu dari Indah yang dia cintakan Fitri. Namun begitu, Fitri masih belum bersedia untuk bercinta lagi.

Justeru siapakah yang menjadi pilihan Fitri? Adakah projek membuka tahfiz yang dirancang oleh Fitri dan Indah menjadi kenyataan?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia