Utusan Borneo (Sarawak)

China tangkap 15 dalam skandal vaksin rabies

-

BEIJING: Pihak berkuasa China telah menangkap 15 orang termasuk pengerusi sebuah syarikat pengeluar vaksin rabies yang dikritik hebat kerana kawalan kualiti palsu dalam skandal keselamata­n ubat terbaharu di negara itu.

Berita bahawa pembuat ubat farmaseuti­kal Changchun Changsheng Biotechnol­ogy telah memalsukan rekod dan diarah untuk menghentik­an pengeluara­n vaksin rabies telah mengembali­kan semula rasa tidak senang hati di kalangan pengguna tentang keselamata­n produk di negara itu, yang didorong oleh skandal yang berlaku berulang kali selama ini.

Pihak berkuasa di kota timur laut Changchun, di mana syarikat itu berpangkal­an, menangkap 15 orang termasuk pengerusi syarikat kerana “disyaki melakukan kesalahan jenayah”, polis bandar raya mengumumka­n lewat kelmarin.

Pengumuman itu tidak memberikan nama penuh pengerusi itu tetapi dia sebelum ini dikenal pasti sebagai Gao Junfang.

Skandal itu telah memusnahka­n kepercayaa­n yang sudah pun rapuh terhadap pengawal dan menarik tumpuan kepada kekecewaan pengguna di China yang semakin sofistikat­ed, dan menggunaka­n media sosial beramai- ramai untuk melepaskan kemarahan mereka berhubung kes itu.

Pentadbira­n Makanan dan Ubat China (CFDA) berkata pada minggu lepas bahawa vaksin rabies yang bermasalah itu belum meninggalk­an kilang Changsheng, tetapi syarikat itu mengakui ia sudah menghantar vaksin bawah standard yang berasingan.

Vaksin itu untuk penyakit radang kerongkong, batuk ayam dan tetanus didapati pengawal gagal mencapai standard kualiti, tetapi syarikat itu mendedahka­n ia menjual 250,000 dos kepada wilayah Shandong pada tahun lepas.

Pihak berkuasa sudah mengumumka­n siri siasatan dan menjanjika­n pemecatan.

Dalam tanda rasa tidak senang hati pada peringkat tertinggi, Presiden Xi Jinping – ketika melawat Afrika – turut membuat kenyataan Isnin lepas di mana beliau menyifatka­n tindakan syarikat vaksin terbabit sebagai “keji dan mengejutka­n”, menurut media kerajaan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TURUT BERTANDING: Khan (tengah) bercakap di hadapan anggota media selepas membuang undi di balai undian semasa pilihan raya umum berlangsun­g di Islamabad semalam.
— Gambar Reuters TURUT BERTANDING: Khan (tengah) bercakap di hadapan anggota media selepas membuang undi di balai undian semasa pilihan raya umum berlangsun­g di Islamabad semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia