Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya Pakistan tegang, sukar diramal

Susulan kempen yang dicemari dakwaan campur tangan tentera, siri serangan berdarah

-

ISLAMABAD: Balai undian dibuka semalam untuk pilihan raya yang tegang dan tidak dapat diramalkan di Pakistan, dan mungkin peluang terbaik bagi bekas pemain kriket Piala Dunia, Imran Khan, untuk memenangi kuasa, selepas kempen yang dicemari dakwaan tentang campur tangan tentera dan siri serangan berdarah.

Pengundi pertama untuk memasuki balai undian di kota timur Lahore adalah seorang wanita, kata seorang pemberita AFP di sana.

Lebih sembilan juta pengundi wanita baharu sudah mendaftar diri untuk pilihan raya di negara yang begitu mengutamak­an ketua lelaki.

Pilihan raya ini bertujuan untuk menjadi peralihan KOTA MEXICO: Seorang wartawan terbunuh kelmarin di tenggara Mexico, tidak jauh dari pusat pelanconga­n Cancun, kata kerajaan – pembunuhan ketujuh seumpamany­a pada tahun ini di salah sebuah negara paling bahaya di dunia untuk pemberita.

Ruben Pat, ketua pengarang akhbar mingguan Playa News, ditembak mati di luar sebuah bar di Playa del Carmen pada waktu awal pagi, kata pendakwa raya dan kerajaan negeri Quintana Roo.

Dia merupakan wartawan kedua dari Playa News yang berpejabat di Playa del Carmen, ke selatan Cancun di pantai Teluk, Mexico, dibunuh dalam tempoh tidak sampai sebulan, selepas rakan sekerja, Jose Guadalupe Chan.

Pembunuhan itu mencetuska­n kemarahan di Mexico, tempat kedua paling bahaya di dunia untuk wartawan pada tahun lepas, di belakang Syria yang mengalami perang saudara, dengan 11 orang yang dibunuh, menurut kumpulan Pemberita Tanpa Sempadan (RSF).

“Ia amat penting agar siasatan yang cepat, menyeluruh dan berkesan dijalankan,” kata Jean Jarab, wakil agensi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mexico.

Siasatan itu harus fokus kepada laporan yang dibuat oleh Pat dan Playa News selain “contoh silam bagi ancaman dan serangan ke atas anggota media”, ujarnya.

Menurut Pejabat PBB bagi Pesuruhjay­a Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR), Pat mendakwa pada Jun lepas bahawa dia telah “ditangkap, diugut dan diseksa” oleh polis di Playa del Carmen, yang juga merupakan sebuah hab pelanconga­n.

Wartawan yang terbunuh itu menyatakan dia telah “menerbitka­n maklumat yang mengaitkan pegawai tempatan dengan jenayah terancang”, menurut agensi PBB itu. kuasa secara demokratik yang jarang sekali dapat diadakan di negara senjata nuklear itu yang sudah diperintah oleh tentera yang berkuasa selama kira-kira setengah daripada sejarahnya.

Namun ia telah digelar “pilihan raya paling kotor” di Pakistan kerana tuduhan berleluasa mengenai penipuan sebelum pilihan raya oleh angkatan tentera, dan Khan dipercayai menerima keuntungan daripadany­a.

Seramai 800,000 anggota polis dan tentera ditempatka­n di lebih 85,000 balai undian di seluruh negara menjelang pilihan raya.

Di Bani Gala, sebuah bandar pinggir ibu negara Islamabad, media berkumpul di luar balai undian di mana Khan mengundi; manakala di Lahore kontinjen polis dan tentera

Pat bercakap kepada AFP pada hujung Jun lepas tentang ugutan menerusi panggilan telefon yang diterima oleh Chan, yang bekerja sebagai wartawan di sebuah kawasan peribumi Maya.

RSF berkata Pat memohon perlindung­an selepas menerima ugutan “tetapi hanya diberi GPS dan butang panik”. Butang panik merupakan talian komunikasi terus kepada pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa Mexico mesti membuat kesimpulan yang tidak dapat dielakkan daripada kejadian yang buruk ini, iaitu Mekanisme Persekutua­n untuk Melindungi Wartawan gagal dalam kewajipann­ya untuk melindungi Ruben Pat walaupun situasinya yang bahaya sudah diketahui sekian lama,” kata ketua RSF Amerika Latin, Emmanuel Colombie.

Jawatankua­sa Hak Asasi Manusia Quintana Roo menuntut tindakan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung kedua-dua pembunuhan itu, dan berkata: “Sudahlah dengan serangan ke atas kebebasan ekspresi” yang ia gambarkan sebagai “tiang asas demokrasi”.

Pendakwa raya berkata insiden itu bertujuan untuk “menakut-nakutkan” wartawan lain.

Dalam laman Facebookny­a, Playa News meminta jawapan daripada kerajaan negeri tentang pembunuhan Pat. — AFP kelihatan sebelum balai undian dibuka.

Bagaimanap­un kebimbanga­n mengenai keselamata­n seakan-akan tidak melemahkan semangat warga negara di Lahore sehari sebelum pilihan raya.

“Apa yang disebut ancaman keselamata­n ini adalah alasan untuk menakutkan pengundi,” kata pemilik kedai Kashif Ahmed kepada AFP.

Pilihan raya ini umumnya adalah pertanding­an antara parti bekas perdana menteri Nawaz Sharif yang memegang kuasa sekarang, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), dengan Pakistan Tehreek-eInsaf (PTI) pimpinan Khan.

Khan berkempen atas janji populis untuk membina sebuah negara “Pakistan Baharu”, dan berikrar untuk membantera­s gejala rasuah, membersihk­an alam sekitar dan membina sebuah negara “kebajikan Islam”.

Namun kempennya telah dihantui tuduhan berleluasa bahawa beliau mendapat faedah daripada sokongan institusi keselamata­n yang berpengaru­h di negara itu, dan media, aktivis serta badan pemikir yang mengecam “kudeta senyap” oleh golongan jeneral.

Pihak tentera menolak tuduhan itu, dan berkata ia tidak ada “peranan langsung” dalam proses pilihan raya.

Pihak berkuasa pilihan raya telah memberi kuasa luas kepada anggota tentera di dalam pusat undian yang telah meningkatk­an lagi kebimbanga­n mengenai manipulasi.

Khan, dahulu seorang kaki perempuan, turut menimbulka­n keraguan sejak be- berapa minggu lalu selepas beliau semakin memenuhi keperluan kumpulan agama berpendiri­an keras, yang mencetuska­n kebimbanga­n bahawa kemenangan bagi PTI boleh membuat puak pelampau Islam lebih berani lagi.

Sebaliknya PML-N berkata ia adalah sasaran bagi komplot tentera, dengan calon yang menerima tekanan dan Nawaz Sharif yang digulingka­n dari kuasa pada tahun lepas dan dipenjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah beberapa hari sebelum pilihan raya, sekali gus menyingkir­kan musuh Khan yang paling bahaya daripada pertanding­an.

Adiknya Shahbaz memimpin kempen parti.

“Ramalan kita sangat samar buat masa sekarang,” kata Bilal Gilani, pengarah eksekutif firma tinjauan Gallup Pakistan, kepada AFP kelmarin.

Lebih 19 juta pengundi baharu, termasuk jutaan wanita dan belia, mungkin terbukti penting dalam pertanding­an yang sengit.

Gilani berkata ramai masih belum membuat keputusan: “Ia masih menjadi rebutan.”

Musim kempen turut dicemari pengembang­an parti agama haluan kanan ekstrem dan beberapa serangan militan berdarah yang mengorbank­an lebih 180 orang, termasuk tiga calon.

Serangan itu menimbulka­n kebimbanga­n bahawa Pakistan mungkin semakin lemah selepas mencapai kejayaan keselamata­n yang diperolehi dengan sukar sejak beberapa tahun lalu. — AFP

Wartawan Mexico ditembak mati

 ??  ?? PAT
PAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia