Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol selamat hampir 500 pendatang di Laut Mediterran­ean

-

MADRID: Badan penyelamat Sepanyol kelmarin berkata mereka telah menyelamat­kan hampir 500 pendatang dari Laut Mediterran­ean dalam sehari selepas mereka cuba sampai ke pantai negara tersebut.

Agensi Keselamata­n Maritim Sepanyol berkata dalam Twitter, ia telah menyelamat­kan seramai 484 orang dalam 30 kapal buatan sendiri di Selat Gibraltar dan Laut Alboran, yang memisahkan Sepanyol daripada Maghribi.

Menurut kiraan oleh Organisasi Migrasi Antarabang­sa (IOM), kira-kira 18,653 pendatang sampai ke pantai Sepanyol di dari awal tahun ini hingga 18 Julai.

Kebanyakan mereka datang dari Sahara Afrika – khususnya Guinea, Mali dan Mauritania – selain Maghribi.

Sekurang-kurangnya 294 pendatang maut ketika mereka cuba sampai ke Sepanyol pada tahun ini, daripada jumlah 1,489 orang yang maut di Laut Mediterran­ean, menurut IOM.

Pada Jun lalu, Sepanyol bersetuju untuk menerima masuk 630 pendatang yang tiba dengan tiga kapal, termasuk kapal penyelamat badan bukan kerajaan (NGO) Perancis, Aquarius.

Kapal Aquarius menyelamat­kan pendatang di perairan pantai Libya pada 9 Jun tetapi kerajaan populis baharu di Itali dan Malta enggan membenarka­nnya berlabuh, yang mencetuska­n kemarahan antarabang­sa sebelum Sepanyol masuk campur untuk membantu.

Kemudian pada 4 Julai, sebuah kapal milik NGO Sepanyol, Proactiva Open Arms, berlabuh di Barcelona dengan 60 pendatang yang diselamatk­an di perairan pantai Libya selepas Itali enggan menerima mereka.

Selepas menghadapi tekanan yang semakin meningkat dalam Kesatuan Eropah berhubung isu itu, negara anggota mencapai persetujua­n pada hujung Jun untuk membendung ketibaan pendatang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia